Februari 05, 2012
Ayah Michael Jackson Jual Minyak Wangi Murah
Namun ia bukanlah seperti yang dianggap kerana bapa penyanyi kesayangan ramai itu, Joe Jackson dilaporkan kini menjual minyak wangi murah di sebuah pusat membeli belah di Las Vegas.
Malah menurut portal Dailymail, Joe bukan menjual barangan itu di pusat membeli belah yang elit dan sering dikunjungi para selebriti Hollywood tetapi hanya berniaga di sebuah kios kecil yang kawasan sekitarnya tiada pengunjung.
Gambar Joe yang diambil oleh TMZ itu menunjukkan dia menguap mengantuk kerana tiada pengunjung.
Keadan ini pastinya amat menyedihkan apabila seorang lelaki yang telah membesarkan Michael Jackson, La Toya Jackson dan Janet Jackson sehingga ke puncak kejayaan akhirnya terkandas di sebuah kios kecil,
Ogos 21, 2010
Ibu Bapa Arwah Michael Jackson, Katherine Jackson dan Joseph Jackson Bercerai
Katherine, 80, telah memfailkan tuntutan cerai selepas dipersalahkan oleh suaminya bahawa dia bertanggungjawab ke atas kematian anak mereka.
Mei 22, 2010
Nota Lirik Beat It Michael Jackson Dilelong
"Lirik ini berada di tangan persendirian sejak ia ditulis. Ia merupakan lirik yang hebat oleh bintang legenda tersebut dan ia berada dalam keadaan baik," media memetik kata Marc Kruskol,jurucakap untuk rumah lelong Profiles in History.
Raja Pop itu telah memberikan nota yang mempunyai coretannya kepada kawannya.
Nota itu dijangka berjaya meraih hasil lelongan antara RM13,010 dan RM19,515.
Zoom: Nota pun 10K ++ !!! APa kata anda ?
Mac 11, 2010
Kubur Michael Jackson tidak lagi dipedulikan !!
Sebulan lalu, keluarga Jackson menempatkan pengawal pribadi mereka untuk memperhatikan tanah perkuburan tersebut yang terdapat di Forest Lawn. Mereka mengatur giliran menjaga perkuburan Michael selama 12 jam sehari.
Namun sayangnya, Forest Lawn Memorial Park memutuskan untuk menghentikan langkah keluarga Jackson tersebut. Makam itu kini tidak terjaga lagi secara eksklusif. Tubuh Michael kini terbaring di bahagian Holly Terrace di Great Mausoleum.
Tempat itu hanya boleh dikunjungi seramai 12 hingga 15 orang sahaja. Sementara orang lain yang ingin berdoa dan memberikan penghormatan kepada lagenda ini tidak boleh melepasi kawasan penguburan di pejabat utama Glendale.
Michael Jackson meninggal secara mendadak pada pertengahan 2009 lalu. Dia dilaporkan mengalami kegagalan jantung berfungsi dan keracunan ubat-ubatan. Kematian penyanyi ini telah diberitakan sebagai kes pembunuhan, dan doktor peribadinya, Conrad Murray, diputuskan bersalah dan bakal menjalani hukumannya.
Oktober 18, 2009
(Filem) Michael Jackson´s This Is It !!
Pengarah: Kenny Ortega
Pelakon Utama: Michael Jackson
Bahasa: English
Genre: Art/Foreign
Tempoh: 115mins
Tarikh Tayangan: 29 October 2009
Baca Selanjutnya
Sinopsis: Satu pandang kilasan hari-hari terakhir Michael Jackson, dokumentari itu merakamkan raptai di belakang pentas oleh penghibur legenda selama 80 jam bagi
penyediaan persembahan yang sudah kehabisan tiket di Arena O2, London yang dijadualkan bermula pada pada Julai 2009 sebelum kematian sebelum waktunyanya pada bulan Jun pada usia 50. Temuduga dengan rakan-rakan dan kawan-kawan rapat mendiang juga direncanakan.
Oktober 16, 2009
(Hollywood) MSTAR-12 helai rambut MJ akan dilelong !!!
Raja pop itu cedera di kepalanya akibat kebakaran yang berlaku semasa penggambaran pada tahun 1984.
Baca Selanjutnya
Rambut kering yang telah rosak akibat kebakaran tersebut milik Ralph Cohen, yang juga merupakan produser eksekutifnya untuk iklan itu.
Menurut sebuah portal akbar luar negara, Ralph Cohen telah menyelamatkan Jackson dengan menggunakan kotnya.
Helaian rambut Jackson yang dianggarkan bernilai 1,600 paun itu akan dilelongkan di London pada 17 Oktober ini.
Sementara itu, beberapa helai rambut Elvis Presley juga akan dilelongkan pada bulan ini.
Ianya dianggarkan bernilai 14,400 paun
Zoom Komen: Rambut pun boleh di lelong,kalau di negara kita rambut buang dalam tong sampah jer.Inilah penangan seorang lagenda dari Hollywood walau sehelai rambut pun boleh di jual malahan bernilai bagi sesetengah pihak yang gilakan harta peninggalan.Pelik tapi benar, dan kes rambut MJ mengiakan segala benda pelik di dunia ni..!!! Apa Komen Anda ?
Oktober 13, 2009
(Hollywood) Lagu terakhir Michael Jackson diputarkan !!
Lagu yang juga mempunyai judul yang sama seperti konsertnya yang tidak sempat dibuat oleh MJ itu dihantar ke stesen-stesen radio dengan dikawal ketat dan hanya boleh diputarkan bermula pukul 7.30 pagi (waktu di London).
Baca Selanjutnya
Lagu itu akan dimuatkan di dalam album yang juga berjudul This Is It. Album itu turut mengandungi lagu-lagu yang akan ditampilkan di dalam filem dokumentari Raja Pop itu dan akan mula dijual pada 26 Oktober, seiring dengan tayangan filem itu di seluruh dunia.
Cakera padat (CD) pertama di dalam album itu mengandungi lagu-lagu popular MJ sebelum ini, disusun mengikut kemunculan lagu-lagu itu di dalam filem tersebut dan akan diakhiri dengan dua versi lagu This Is It.
CD kedua dalam album itu pula akan memuatkan versi lagu-lagu klasik penyanyi itu yang tidak pernah dimainkan serta sebuah puisi yang menyentuh hati berjudul Planet Earth.
"Lagu ini sekali lagi memberi maksud apa yang dunia sudah tahu - iaitu bahawa Michael adalah satu hadiah terhebat daripada tuhan," kata penerbit bersama album tersebut, John McClain, mengenai lagu baru itu.
Zoom KOmen: Ada sape2 Yang dah dengar tak ??
Oktober 10, 2009
(Gossip Hollywood) Peminat MJ marah pencipta 'South Park' sindir kematiannya !!
PARA peminat Michael Jackson marah dengan pencipta program televisyen 'South Park' kerana menyindir kematian Raja Pop itu dalam episod terbarunya.
Episod bertajuk 'I see Dead Celebrities' menunjukkan bintang-bintang handalan yang telah meninggal dunia pada tahun ini dan sedang menunggu untuk masuk ke syurga.
Antara selebritinya ialah Jackson, Farrah Fawcett, David Carradine dan Patrick Swayze.
Media melaporkan, kemudian roh Jackson "menguasai" salah satu karakter kartun.
Baca Selanjutnya
Ekoran itu, para peminat Jackson marah dengan pembuat 'South Park' iaitu Trey Parker dan Matt Stone kerana pendekatan kurang sensitif mereka.
Seorang peminat berkata: "Ia adalah sesuatu yang memalukan. Michael sudah cukup sengsara semasa hidup - kenapa mereka tidak membiarnya bersemadi dengan aman."
Info: Mstar
Zoom Komen: Kenapalah orang2 kat hollywood ni memang tak tau erti sensetiviti, kalau nak buat filem atau kartun pun fikirlah dulu.Ini sukati mak bapak dia nak buat..!! Apa Komen anda !!/
September 25, 2009
(Celebrity News) MJ Malu Berduet Dengan Madonna

MADONNA mendedahkan Raja Pop, Michael Jackson berasa terlalu segan untuk berduet dengannya. Kenapa? Menurut Madonna, Michael tidak selesa dengan muzik lagunya yang menggoda.
"Kami menghabiskan sebahagian besar masa bersama-sama, berkawan, tetapi ia tidak berhasil. Saya tulis sejumlah perkataan dan menyerahkannya kepadanya. Pun begitu, dia tidak ingin pergi ke situ.
"Dia (Michael) tidak ingin digoda. Dan saya berkata, "Baik, kenapa berjumpa dengan saya?" Saya rasa dia terlalu segan dan tersekat laku," media memetik Madonna sebagai berkata.
Madonna memberikan penghormatan terakhir kepada arwah Michael dalam satu ucapan penuh emosional di MTV Video Music Awards awal bulan ini.
Zoom Komen: Pemalu Juga Arwah Michael Nie yerr..!! Madonna adalah salah seorang kawan rapat MJ.Sure Madonna sedih dengan pemergian MJ..!!!
September 15, 2009
(Celebrity News)Paris kongsi loket hati dengan ayahnya, MJ

ANAK perempuan Michael Jackson, Paris, memberikan loket berbentuk hati kepada ayahnya sebelum upacara memorial penyanyi lagenda itu diadakan di Los Angeles pada 9 Julai yang lepas.
Rantai yang mempunyai loket berbentuk hati itu dipisahkan kepada dua, satu dipakai oleh Paris sendiri dan satu lagi Paris lilitkan dipergelangan tangan ayahnya, Michael.
"Paris mahu memakaikan rantai tersebut di leher ayahnya, tapi oleh kerana rantai tersebut tidak cukup panjang , dia hanya melilitkan rantai itu di pergelangan tangan Michael," kata kakak Michael, La Toya Jackson.
Paris masih lagi memakai rantai loket hati yang separuh itu sehingga ke hari ini.
"Saya sama sekali tidak akan menanggalkannya... Saya akan pakai loket ini seumur hidup saya," kata Paris.
Zoom Komen: Glemer juga anak MJ ni, Satu Dunia Kenal...!!!!
September 12, 2009
(Hollywood News) Jermaine mahu kubur Michael Jackson digali semula !!

MICHAEL JACKSON mungkin tidak dapat berehat dengan tenang walaupun setelah dikebumikan di tanah perkuburan California apabila abangnya, Jermaine Jackson memberitahu bahawa dia ingin melihat kubur Michael di ubah ke tempat lain.
"Saya tidak begitu gembira dengan majlis pengebumian ini, saya sentiasa merasakan Michael lebih sesuai dikebumikan di Neverland," katanya kepada satu sumber.
Jermaine Jackson, 54, mengatakan dia bercadang untuk menggali semula subur adiknya dan membuat pengebumian seula di Neverland di mana tempat tersebut telah dibina oleh Michael Jackson.
Michael Jackson mati pada 25 Jun lalu dan telah dikebumikan di Grand Mausoleum Forest Lawn Memorial Park pada 3 September.
Zoom Komen: Macam mana la keadaan arwah Michael ni, dah la lama tak dikebumikan. Sebelum ni abang Michael dan keluarga mengumumkan michael dikebumikan cara islam tapi masa kebumi ada pulak paderi baca doa.Alahai Miachel2 apa nak jadi kesian kat arwah ni.sekarang ni pulak abang MJ nak kebumikan kat tempat lain.Sama-samalah kita berdoa semoga roh MJ berada dikalangan orang yang soleh !!!
Julai 09, 2009
(Hollywood Celebrity ) Michael Jackson DiKebumi di mana ?

KENANG-KENANGAN...Marlon Jackson (tengah)
bersama Janet Jackson (kanan) dan tiga anak
Michael, Paris, Prince Michael Jackson I dan
Prince Michael Jackson II di Staples Center
Ini Persoalan Yang Masih Tidak dapat dijawap oleh berbilion2 manusia di muka bumi ini,misteri pengkebumian MJ masih menjadi tanda tanya semua orang termasuk insan-insan yang berada di malaysia ini.
1-Adakah MJ di kebumikan Cara islam ?
2-Dimanakah MJ Dikebumikan ?
3-Harta MJ siapa dapat ?
Zoom sendiri tengah mencari jawapan yang sesuai untuk persoalan dan cepu emas yang ada ni...Kalau U alls ada jawapan share la kat sini ..
Julai 08, 2009
Tonton Upacara Peringatan Michael Jackson Live Di 8TV

Untuk peminat MJ yang berada di’ Malaysia, 8TV membawa’kan siaran langsung majlis peringatan terakhir buat Michael Jackson pada pukul 1 pagi, malam ini. Manakala rakaman semula boleh di’tonton pada pukul 10.15 malam besok bagi yang tidak bersempatan.
Zoom Comment : Saper la nak tengok LIVE pukul 1 pagi,Nasib baik la ada ulangan kalau tak Zoom Cari jer kat dalam You Tube :P jangan lupa esok amik hs V.Cam Ker rakam pas tue email kat Zoom :)
Jun 29, 2009
(Celebrity News) Pengkebumian Michael Jackson Secara Islam ?

PEMINAT meletakkan jambak bunga, belon dan kad ucapan takziah di Encino, Los Angeles, California, semalam.

AYAH Michael, Joe Jackson (kanan), Jesse Jackson dan anaknya Yusef Jackson di kediaman keluarga penyanyi pop itu.

Gambar (kiri); ADIK Michael, Rebbi Jackson tiba di kediaman keluarga untuk menziarahi penyanyi pop itu, semalam. (kanan); Katherine Jackson melambaikan tangan kepada peminat anaknya di Encino, Los Angeles, semalam.
LOS ANGELES: Keluarga Michael Jackson berhimpun semalam untuk membincangkan pengebumian Raja Pop itu, dengan spekulasi dalam internet menyatakan ia mungkin diadakan secara Islam.
Abang Michael, Tito Jackson berkata beliau dengan beberapa anggota keluarga sedang menimbangkan sama ada untuk mengadakannya secara awam atau satu upacara persendirian.
Menurut TMZ.com, laman web yang menjadi organisasi berita pertama melaporkan kematian Michael Khamis lalu (pagi Jumaat waktu Malaysia), keluarga Raja Pop itu berhimpun semalam dan sumber berkata satu pengumuman mengenai pengebumian penyanyi itu akan dibuat awal minggu ini.
Upacara pengebumian Michael jika diadakan secara awam dijangka menjadi terbesar dalam sejarah industri hiburan dengan menarik kehadiran ribuan orang termasuk selebriti terkenal.
Ramai menjangka upacara itu akan membayangkan pengebumian Elvis Presley pada 1977 dan akan mencetuskan luahan emosi seperti pengebumian Puteri Diana pada 1997.
Jun 26, 2009
(Celebrity News) Michael Jackson Dies Of Heart Attack At Age 50...


Friday June 26, 2009
Pop star Michael Jackson dead - TMZ website
By Bob Tourtellotte
LOS ANGELES (Reuters) - Pop giant Michael Jackson, who took to the stage as a child star and set the world dancing to exuberant rhythms for decades, died on Thursday, TMZ website reported. He was 50.
U.S. pop star Michael Jackson speaks during a news conference in London March 5, 2009. (REUTERS/Stefan Wermuth)
There was no official confirmation of the reported death and spokespersons for Jackson could not be reached for comment.
"We've just learned Michael Jackson has died," TMZ said.
"Michael suffered a cardiac arrest earlier this afternoon at his Holmby Hills home and paramedics were unable to revive him. We're told when paramedics arrived Jackson had no pulse and they never got a pulse back," the entertainment site said.
It added, "A source tells us Jackson was dead when paramedics arrived."
Earlier, the Los Angeles Times said the singer had been rushed to a Los Angeles-area hospital by fire department paramedics who found him not breathing when they arrived at the singer's home.
The newspaper said paramedics performed cardiopulmonary resuscitation at the scene before taking him to the UCLA Medical Center hospital.
Jackson had been due to start a series of comeback concerts in London on July 13 running until March 2010. The singer, whose hits included "Thriller" and "Billie Jean," had been rehearsing in the Los Angeles area for the past two months.
The shows for the 50 London concerts sold out within minutes of going on sale in March.
His lifetime record sales tally is believed to be around 750 million, which, added to the 13 Grammy Awards he received, makes him one of the most successful entertainers of all time.
He lived as a virtual recluse since his acquittal in 2005 on charges of child molestation.
There were concerns about Jackson's health in recent years but the promoters of the London shows, AEG Live, said in March that Jackson had passed a 4-1/2 hour physical examination with independent doctors.
CHILD STAR TO MEGASTAR
Jackson was born on Aug. 29, 1958, in Gary, Indiana, the seventh of nine children. Five Jackson boys -- Jackie, Tito, Jermaine, Marlon and Michael -- first performed together at a talent show when Michael was 6. They walked off with first prize and went on to become a best-selling band, The Jackson Five, and then The Jackson 5.
Jackson made his first solo album in 1972, and released "Thriller" in 1982, which became a smash hit that yielded seven top-10 singles. The album sold 21 million copies in the United States and at least 27 million worldwide.
The next year, he unveiled his signature "moonwalk" dance move while performing "Billie Jean" during an NBC special.
In 1994, Jackson married Elvis Presley's only child, Lisa Marie, but the marriage ended in divorce in 1996. Jackson married Debbie Rowe the same year and had two children, before splitting in 1999. The couple never lived together.
Jackson has three children named Prince Michael I, Paris Michael and Prince Michael II, known for his brief public appearance when his father held him over the railing of a hotel balcony, causing widespread criticism.
(Additional Reporting by Jill Serjeant)
Copyright © 2008 Reuters
Zoom Comment: Takziah Di Ucapkan,Sorang Lagi Yang menjadi Lagenda,Tapi Yang confius nyer MJ ni dah masuk Islam ke belum ? hari tue dengan dah masuk Islam..Sama-samalah kita doakan MJ ni...Kalau Islam Kita sedekahkan Al-Fatihah kalau tak buat la cara anda sendiri..Stesen Radio Pagi-pagi ni pun asyik putarkan lagu MJ jer...