Oktober 10, 2009

(Gossip Hollywood) Peminat MJ marah pencipta 'South Park' sindir kematiannya !!







PARA peminat Michael Jackson marah dengan pencipta program televisyen 'South Park' kerana menyindir kematian Raja Pop itu dalam episod terbarunya.

Episod bertajuk 'I see Dead Celebrities' menunjukkan bintang-bintang handalan yang telah meninggal dunia pada tahun ini dan sedang menunggu untuk masuk ke syurga.

Antara selebritinya ialah Jackson, Farrah Fawcett, David Carradine dan Patrick Swayze.

Media melaporkan, kemudian roh Jackson "menguasai" salah satu karakter kartun.



Baca Selanjutnya

Ekoran itu, para peminat Jackson marah dengan pembuat 'South Park' iaitu Trey Parker dan Matt Stone kerana pendekatan kurang sensitif mereka.

Seorang peminat berkata: "Ia adalah sesuatu yang memalukan. Michael sudah cukup sengsara semasa hidup - kenapa mereka tidak membiarnya bersemadi dengan aman."

Info: Mstar

Zoom Komen: Kenapalah orang2 kat hollywood ni memang tak tau erti sensetiviti, kalau nak buat filem atau kartun pun fikirlah dulu.Ini sukati mak bapak dia nak buat..!! Apa Komen anda !!/