Memaparkan catatan dengan label Kedai Makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kedai Makan. Papar semua catatan

Julai 02, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan : Kari Kepala Ikan di Bangsar Jalan Telawi

Hari ini ZoOM nak berkongsi dengan anda mengenai masakan KARI KEPALA IKAN yang famous di Bangsar Jalan Telawi. Mungkin bagi anda yang sudah ke sana pasti akan berkunjung lagi, aroma dan rasa di jari tidak akan hilang sehingga beberapa jam.

Jika sebelum ini ZOoM hanya mendengar kehebatan dan kelazatan hidangan kari kepala ikan ni, namun setelah merasainya sendiri ZoOm baru tau keunikannya. Malahan bau kari di jari jemari kekal sehingga beberapa jam walaupun telah dibasuh beberapa kali.

Bulan lepas ZoOM dan rakan-rakan sepejabat yang "Sporting" meredah matahari yang betul menyinari hari tersebut dari atas kepala. Dek kerana niat dihati ingin merasa ZoOM dan rakan-rakan ( Dengan Bos Hendsome yang sporting) menumpang kereta baru staff @ kawan sepejabat. Nasib baiklah kereta besar, bolehlah gerak sekali, maklum sajalah minyak kan mahal kenalah berjimat cermat.

Dan Hasilnya !!! Lihatlah dibawah :
Kari Kepala Ikan

September 21, 2010

Dong Yi Shun, makanan Muslim Cina yang hebat di Kota Damansara

Dong Yi Shun, restoran Muslim Cina, yang dijamin halal

Dong Yi Shun, salah satu restoran kegemaran kami apabila berkunjung ke Dataran Sunway di Kota Damansara, ataupun untuk quick lunch di hari-hari kerja. Makanan muslim Cina disini sangat terjangkau dan rasanya juga nikmat. Beberapa favorite kami adalah Shanghai Fried Beef Dumpling, Special SteamedSeafood Dumpling, Special Steamed Seafood Dumpling, Xin Jiang Chicken In Big Pot, Butter Fried Prawns, Kung Po Chicken dan Fried Cumin Mutton.

September 19, 2010

Restoran Selera Nelayan Laguna Park Pulau Indah Pelabuhan Klang


 Kalau anda pergi ke Laguna Park yang terletak di Pelabuhan Klang, jangan sekali-kali melepaskan peluang untuk menikmati keindahan alam serta menjamu selera di Restoran Selera Nelayan yang terletak di Pier 1, Laguna Park, Pulau Indah, Pelabuhan Barat.

Nikmati Sate Secara Santai Di Serai Satay Bar


Sate merupakan sajian warisan yang digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat sejak turun-temurun. Sejarah sate di Malaysia bermula sejak abad ke 19 lagi.
Sate merupakan daging yang diperap dengan ramuan tersendiri, dicucuk pada batang lidi dan dibakar menggunakan api arang kayu. Terdapat pelbagai jenis sate antaranya, sate ayam, lembu, kambing, arnab, rusa, perut lembu, kerang dan ikan. 

Keenakan sate juga tidak perlu di

Ogos 28, 2009

(Celebrity News ) Komen pelanggan Amy Search !!


Review masakan restoran Cheng Ho Si Amy Search
Ini komen hasil lawatan pada minggu pertama di restoran yang terletak di belakang Carrefour Wangsa maju tu....

Parking kereta ......senang gak pasal most of the shops kat row tu belum buka lagi. Lama-lama esok mungkin lainlak cerita tak atu le.

Lokasi .....tak susah sangat nak cari. Jumpa Carrefour. Drive kat KFC belakang tu, its in the new row of shops across the road.

Decor.....ok. Gelap sikit tah apa pasal dia bukak lampu lambat. Poster bebesar yang dia letak harus diframekan sikit; tak le herot berot.

Service.....the weakest point at this stage. Bebudak tu nampak sangat tak de experience layan customers. Macam takut-takut. Amy kena buat training sessions. They were polite enuff but this is KL man, we are used to certain levels of service.

Food.....the strongest point. Betul. I love the Crab telur masin! The chicken with mango pun sedaaap! The fish soy something punya rasa asam was perfect! Love the cooking! Amy, ko punya cook yang ada tu bagus. Ko jaga dia bebaik.

Pricing......Tersangat le sesuai to the point of almost being cheap! Kita oreng kalu makan as a family macam yang di makan kat situ sure RM200 ke atas nya....tapi the price we were charged was so much less than that!

Things for Amy to berhati-hati......ko kena ada cash register le babe! Tak kan pakai calculator aje ma. Cashier pun kena hantar training. Lebih baik kalu letak orang kuat ko jaga cash tu. Kena lebih professional. Kena start terima credit card secepat mungkin.

Finally, my hats off to Amy and his cooks. Permulaan yang baik. Kenyang and sukahati kami makan hari ini. Good job!