Sate merupakan sajian warisan yang digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat sejak turun-temurun. Sejarah sate di Malaysia bermula sejak abad ke 19 lagi.
Sate merupakan daging yang diperap dengan ramuan tersendiri, dicucuk pada batang lidi dan dibakar menggunakan api arang kayu. Terdapat pelbagai jenis sate antaranya, sate ayam, lembu, kambing, arnab, rusa, perut lembu, kerang dan ikan.
Keenakan sate juga tidak perlu dipersoalkan lagi kerana sate bukan saja terkenal di kalangan rakyat Malaysia dan juga Asia Tenggara, malah diakui di seluruh dunia.
Sate kebiasaannya dihidangkan bersama nasi impit atau ketupat. Kuah sate dibuat daripada kacang yang ditumbuk sehingga lumat dan dimasak bersama lada kering dan beberapa jenis rempah dan herba lain. Selain dihidang bersama kuah kacang, sate juga dimakan bersama bawang dan timun.
PENGUIN bukan nak bercerita panjang lebar tentang sate. Cuma PENGUIN ada berita gembira nak disampaikan kepada semua penggemar sate. Anda kini boleh menikmati keenakan sate dengan mudah dan santai. Jika anda jalan-jalan di pusat membeli-belah Pavilion, Kuala Lumpur, jangan lupa singgah di Serai Satay Bar yang terletak di Tingkat 1, kawasan medan selera.
Berkonsepkan ala-ala bar, susun atur di Serai Satay Bar sangat selesa dengan tempat duduk disusun mengelilingi kaunter, sekali gus memudahkan pelanggan untuk memesan makanan atau minuman. Serai Satay Bar boleh memuatkan lebih 20 orang pada satu masa.
Apa yang menariknya, Serai Satay Bar telah tampil unik dengan memperkenalkan pembungkusan sate dalam wajah baru. Menyedari kemunculan sate yang tidak pernah bertukar cara pembungkusannya, Serai Satay Bar menampilkan idea yang kreatif dengan menyediakan pembungkusan di dalam cawan kertas.
Disediakan dalam satu pakej dengan kuah kacang, nasi impit, timun dan bawang, sate mudah dibawa ke mana saja untuk dimakan secara santai. Malah, anda kini boleh menikmati sate tanpa risau kuah sate melekit di tangan atau tertumpah kerana segala-galanya disediakan dalam satu bekas.
Pembungkusan sate di Serai Satay Bar yang bersifat mesra pengguna itu juga membantu kebersihan alam sekitar kerana ia menggunakan cawan kertas yang boleh dikitar semula.
Sate merupakan sajian warisan yang digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat sejak turun-temurun. Sejarah sate di Malaysia bermula sejak abad ke 19 lagi.
Sate merupakan daging yang diperap dengan ramuan tersendiri, dicucuk pada batang lidi dan dibakar menggunakan api arang kayu. Terdapat pelbagai jenis sate antaranya, sate ayam, lembu, kambing, arnab, rusa, perut lembu, kerang dan ikan.
Keenakan sate juga tidak perlu dipersoalkan lagi kerana sate bukan saja terkenal di kalangan rakyat Malaysia dan juga Asia Tenggara, malah diakui di seluruh dunia.
Sate kebiasaannya dihidangkan bersama nasi impit atau ketupat. Kuah sate dibuat daripada kacang yang ditumbuk sehingga lumat dan dimasak bersama lada kering dan beberapa jenis rempah dan herba lain. Selain dihidang bersama kuah kacang, sate juga dimakan bersama bawang dan timun.
Zoom bukan nak bercerita panjang lebar tentang sate. Cuma Zoom ada berita gembira nak disampaikan kepada semua penggemar sate. Anda kini boleh menikmati keenakan sate dengan mudah dan santai. Jika anda jalan-jalan di pusat membeli-belah Pavilion, Kuala Lumpur, jangan lupa singgah di Serai Satay Bar yang terletak di Tingkat 1, kawasan medan selera.
Berkonsepkan ala-ala bar, susun atur di Serai Satay Bar sangat selesa dengan tempat duduk disusun mengelilingi kaunter, sekali gus memudahkan pelanggan untuk memesan makanan atau minuman. Serai Satay Bar boleh memuatkan lebih 20 orang pada satu masa.
Apa yang menariknya, Serai Satay Bar telah tampil unik dengan memperkenalkan pembungkusan sate dalam wajah baru. Menyedari kemunculan sate yang tidak pernah bertukar cara pembungkusannya, Serai Satay Bar menampilkan idea yang kreatif dengan menyediakan pembungkusan di dalam cawan kertas.
Disediakan dalam satu pakej dengan kuah kacang, nasi impit, timun dan bawang, sate mudah dibawa ke mana saja untuk dimakan secara santai. Malah, anda kini boleh menikmati sate tanpa risau kuah sate melekit di tangan atau tertumpah kerana segala-galanya disediakan dalam satu bekas.
Pembungkusan sate di Serai Satay Bar yang bersifat mesra pengguna itu juga membantu kebersihan alam sekitar kerana ia menggunakan cawan kertas yang boleh dikitar semula.
Selain menawarkan sajian sate yang enak dari resepi turun-temurun, Serai Satay Bar turut menyediakan pelbagai pilihan menu menarik kepada pelanggan. Antaranya soto ayam, nasi kukus ayam berempah, keropok lekor, cucur udang, pisang goreng bersalut vanilla dan pisang panggang dengan sos susu ditabur keju parut.
Selain menu makanan yang menarik, anda wajib mencuba minuman istimewa di Serai Satay Bar iaitu Serai Blended. Zoom pada mulanya teragak-agak untuk minum Serai Blended ini kerana membayangkan apakah rasanya bila serai dijadikan minuman? Namun setelah merasainya, memang sedap! Zoom sempat bertanya kepada pemilik, apakah isi kandungannya, dan pemilik memberitahu ia adalah campuran serai dan buah laici yang dikisar bersama air gula dan ais. Memang sedap!
Selain itu Zoom mencadangkan kepada anda untuk mencuba minuman Milky Bandung dan Sirap Selasih. Harga di Serai Satay Bar semuanya berpatutan. Serai Satay Bar turut menyediakan khidmat penghantaran dengan caj hanya RM5.
Info:
Lot P1.08.00, Level 1 Food Emporium of Pavilion KL,
168 Jalan Bukit Bintang, 56100 Kuala Lumpur
603-2143 7070
sataybar.com.my