Julai 02, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan : Kari Kepala Ikan di Bangsar Jalan Telawi

Hari ini ZoOM nak berkongsi dengan anda mengenai masakan KARI KEPALA IKAN yang famous di Bangsar Jalan Telawi. Mungkin bagi anda yang sudah ke sana pasti akan berkunjung lagi, aroma dan rasa di jari tidak akan hilang sehingga beberapa jam.

Jika sebelum ini ZOoM hanya mendengar kehebatan dan kelazatan hidangan kari kepala ikan ni, namun setelah merasainya sendiri ZoOm baru tau keunikannya. Malahan bau kari di jari jemari kekal sehingga beberapa jam walaupun telah dibasuh beberapa kali.

Bulan lepas ZoOM dan rakan-rakan sepejabat yang "Sporting" meredah matahari yang betul menyinari hari tersebut dari atas kepala. Dek kerana niat dihati ingin merasa ZoOM dan rakan-rakan ( Dengan Bos Hendsome yang sporting) menumpang kereta baru staff @ kawan sepejabat. Nasib baiklah kereta besar, bolehlah gerak sekali, maklum sajalah minyak kan mahal kenalah berjimat cermat.

Dan Hasilnya !!! Lihatlah dibawah :
Kari Kepala Ikan

Ayam Goreng
Sotong Goreng Yang Lazat
Dah Selesai....

ZoOM : Lazat dan berkrim dan menu : Kari Kepala Ikan (Size M kot), Sotong Goreng ( Size M), Ayam Goreng, Air Teh O Ais dan Sayur.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! s