Memaparkan catatan dengan label Datuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk. Papar semua catatan

Mac 14, 2012

Gambar Persandingan Datuk Abdul Malek Noor Dan Isteri Datin Dr Wan Asma

“This is my first and last marriage (ini perkahwinan pertama dan terakhir buat saya),” kata bekas jaguh bina badan negara, Datuk Abdul Malek Noor, 56, yang selamat diijabkabulkan dengan Pakar Runding Kanak-kanak, Dr Wan Asma Wan Ismail, 52, dalam majlis akad nikah di Kelantan Trade Centre (KTC) pada 12 Mac 2012. 


Februari 03, 2012

Sinopsis Filem Jangan Pandang-Pandang | Trailer Filem Jangan Pandang-Pandang


Sinopsis:


Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekat mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha kata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden. Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob.

Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Kesilapan mereka ialah memasuki kawasan gua yang dilarang kerana ia merupakan kawasan keras. Sekembali ke bot dari gua, mereka dirasuk hantu gua dan diselamatkan oleh Abang Bob. Keesokan harinya, Abang Bob menghilangkan diri manakala bot pula tiada minyak menyebabkan mereka mengambil

Februari 02, 2012

Artis Masam Muka Tak Dipanggil Gelaran Datuk !!

SUDAH bertahun-tahun rakan SS membahasakan kepada seorang artis ini dengan panggilan abang. Ia sebagai tanda hormat kerana usia mereka pun agak jauh beza, nanti kalau panggil nama saja dikatakan kurang ajar pula.

Baru-baru ini, artis yang menjadi pujaan seantero Malaya ini menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk. Gembira sungguh artis itu kerana ramai kawannya yang lain pun sudah bergelar Datuk. 

Sesungguhnya SS tumpang bangga dan bahagia apabila artis turut dipandang tinggi masyarakat sehingga melayakkan mereka mendapat penghormatan yang sebegitu rupa.

Selepas tahu yang artis itu baru saja memegang status baru, rakan SS mengaturkan janji temu dengannya untuk mengetahui perancangan kerjayanya sempena 2012 ini kerana artis ini sentiasa muncul dengan projek yang gempak.

Mengingatkan kemesraan mereka yang sudah lama terjalin dan bertahun-tahun panggil artis itu dengan panggilan abang, jadinya rakan SS ini meneruskan kebiasaan itu dengan memanggilnya abang. Dua tiga kali juga rakan SS panggil artis itu tetapi dia buat tak endah saja. Rakan SS

Januari 28, 2012

Pelantikan Datuk Ac Mizal Sebagai Duta Pelancongan Dipertikai

IPOH: Pelantikan selebriti popular, Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini sebagai duta pelancongan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 mencetuskan kontroversi apabila artis berkenaan dianggap tidak layak dipilih berikutan bukan anak jati Perak.

Isu berkenaan timbul apabila ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempertikaikan pelantikan itu dengan alasan penyanyi, pelakon dan pengacara itu anak kelahiran Muar, Johor.

Mereka mendakwa pelantikan itu tidak munasabah berikutan masih ramai lagi artis anak jati Perak yang layak seperti penyanyi terkenal Jamal Abdillah, M Daud Kilau, Ahmad Shahir Zawawi (juara Akademi Fantasia musim ketujuh), Mamat Khalid (pengarah filem) serta tokoh kartunis terkenal seperti Datuk Mohammad Nor Khalid (Datuk Lat).

Setiausaha Dewan Pemuda Islam Perak, Salman Salleh, berkata pemilihan AC Mizal itu tidak sesuai kerana ramai lagi individu daripada negeri itu sendiri yang lebih berkelayakan.

“Pelantikan itu tidak disenangi rakyat Perak kerana ramai lagi individu terkenal dari negeri ini lebih layak dan mempunyai pengetahuan mendalam mengenai negeri kelahiran mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Januari 03, 2012

Facebook Chef Wan Tidak Jadi Tutup

Nampaknya Datuk Chef Wan Tak jadi CLOSED ACCOUNT FACEBOOK beliau kerana ramai peminat dan penyokong tidak mengizinkan. Bagi ZoOM walaupun tak memihak mana-mana pihak masalah tidak akan selesai sekalipun menutup akaun Facebook.

Dan berikut komen Datuk Chef Wan kita mengenai "Statement" mengenai akaun Facebook beliau yang sebelum ini dikatakan ingin di CLOSED, namun kini berubah kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan :
"Apabila difikirkan kembali saya tidak perlu melayan golongan yang cuba memburuk-burukkan saya di Facebook kerana apa yang penting masih ramai peminat yang sentiasa berdiri di belakang saya," ujarnya.

Disember 23, 2011

Fazley Yaakob Terima Anugerah DIMP ( Datuk) Daripada Sultan Pahang - Tahniah !!!

Dah puas ZoOm cari siapakah orang ke-3 yang menerima gelaran Dato’ daripada Sultan Pahang. Akhirnya terjawap pagi ini apabila ZoOm terbaca blog Abang Nara mengenai artis, penceramah dan ahli perniagaan bernama Fazley Yaakob juga turut mendapat gelaran tersebut. 


Bagi pihak ZoOM artis kami ucapkan tahniah dan semoga anugerah yang diterima akan menaikkan semangat beliau dalam misi mencapai impian beliau.



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Jun 10, 2011

Gossip Ramli MS bercinta dengan Alyah !!


Menurut info Harian Metro yang menerima maklumat daripada sumber tertentu mengatakan Ramli MS dan Alyah sedang dilamun cinta. Namun kesahihannya belum dapat dipastikan kerana ia masih menjadi tanda soal kepada peminat seni diluar sana. Abang Ramli MS kita dan Alyah dikatakan mula membina benih-benih cinta ketika Majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 di Genting baru-baru ini.

Sejak hari tersebut mereka bertukar-tukar nombor HP dan saling bergayut dan ber "SMS"( menurut sumber tau). Dan gossip diperkuatkan lagi apabila ada Paparazi @ Mamarazi yang ternampak kelibat Ramli MS dan Alyah di lokasi terkenal di Singapura.

Dan paling menariknya sumber mengatakan abang Ramli MS kita nak bawa Alyah berjumpa keluarga beliau di Singapura malahan Alyah turut ingin melakukan benda yang sama ( Opsssss panas ).

Namun berikut jawapan Alyah mengenai gossip ini :

Mac 02, 2011

Gossip Tengku Zawyah Bekas Isteri Datuk K Bertunang


Monday, 28 February 2011
Exclusive:Tengku Zawyah bertunang
Tahniah Tengku Zawyah Tengku Izham 48, atau lebih mesra dipanggil TZ bekas isteri
Datuk Khalid Mohd Jiwa yang telah melangsungkan majlis ikatan pertunangan dengan
 seorang kerabat Diraja Pahang. Biarlah AlamFana rahsiakan dulu identiti tunang TZ
 buat masa ini. Majlis yang diadakan di Bangsar Hari Sabtu baru ni.berlangsung secara
 sederhana dan hanya dihadiri kaum keluarga terdekat dan sahabat karib

Januari 30, 2011

Final Terbuka Korea: Chong Wei tumpas kepada Lin Dan

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan badminton Terbuka Korea selepas tumpas di tangan musuh tradisi, Lin Dan pada perlawanan akhir di Seoul, sebentar tadi.

Chong Wei, pilihan pertama kejohanan bagaimanapun mempamer permainan menarik sebelum akur 19-21, 21-14, 16-21 dalam pertarungan 1 jam, 15 minit di tangan juara Olimpik, Lin Dan. – Utusan 

ZooM : Walaupun Kalah tapi semangat Juang Datuk Lee Chong Wei Patut Di Puji :) 

Apa kata anda ?

Januari 15, 2011

Gelaran " DATUK " artis tidak diiktiraf !!?

Daripada petikan akhbar hari ini

Datuk Sulu artis tidak diiktiraf
KUALA LUMPUR 13 Jan. - Sehari selepas negara dikejutkan dengan pendedahan gelaran 'Datuk' palsu, dunia hiburan pula kecoh gara-gara beberapa artis menerima gelaran Datuk Sulu yang tidak diiktiraf di Malaysia.

Walaupun gelaran Datuk Sulu diberi bukan dibeli daripada Kesultanan Borneo Ke-11, tindakan penerimanya menggunakan 'Datuk' tetap dipandang serong.

September 22, 2010

AC Mizal Sahkan Gelaran Datuk Daripada Sultan Pahang

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara AC Mizal mengesahkan menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Pahang.
Bekas pengacara Akademi Fantasia itu mengakui telah menerima surat penganugerahan tersebut pada awal Ramadan lalu dan bakal menerima secara rasmi gelaran berkenaan mengikut adat istiadat istana pada akhir tahun ini.

Zoom : Alhamdulillah rezeki abang AC kita, semoga dimurahkan rezeki, Tahniah Datuk AC Mizal

Februari 20, 2010

(Berita) Facebook PM DS Najib Tun Razak lebih 100,000 !!!

Huh 100,000 ++ Fan dalam masa beberapa bulan sahaja,dan berkemungkinan akan mencapai 1 Juta Fan dalam masa setahun.Itu pengiraan Zoom jika semakin ramai yang mengetahui kepentingan Facebook DS Najib Tun Razak yakni PM kita.Semoga dengan adanya perhubungan ini akan memudahkan rakyat berkongsi pendapat dengan Selebriti No 1 Negara ini..

Anda sudah menjadi FAN? Tepuk dada tanyalah Minda....!!Apa-apa pun mari kita baca "statement" di akhbar online mengenai kisah ini...!!


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gembira dan terharu dengan sambutan rakyat terhadap laman sosial 'Facebook'nya dengan peminat berdaftar meningkat lebih 100,000 orang hari ini.
Sejak diperkenalkan November tahun lepas, bilangan peminat kini mencecah 101,237 orang termasuk warga asing.
"Saya gembira dan terharu dengan respon yang ditunjukkan oleh peminat menerusi pesanan yang dtinggalkan dalam laman sosial ini," kata Najib dalam 'Facebook' yang dikemaskinikan pada pukul 4 petang ini.
Perdana Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada semua peminatnya kerana membantu menjayakan laman sosialnya serta mengadakan forum untuk berbincang.
"Biar kita teruskan trend peningkatkan lajakan ini," katanya.
Sejam kemudian, beliau menerima lebih 200 komen daripada peminatnya, antara lain memberi jaminan sokongan terhadap kepimpinannya dan berharap beliau sentiasa berada di landasan betul untuk membawa keamanan dan kesejahteraan kepada negara. - BERNAMA

Februari 17, 2010

(Hollywood) Filem My Name Is Khan pecah rekod di Amerika


Boleh tahan juga Filem Datuk Shah Rukh Khan kita ni, walaupun filem ini menjadi konterversi kerana sinopsis atau kisah didalamnya membuatkan sesetengah pihak bangkit memprotes tetapi ia tidak menghalang pihak produksi untuk mempromosikan filem ini.

Menurut info :-

FILEM My Name Is Khan (MNIK), berjaya memungut AS$761,000 (RM2.6 juta) pada hari Ahad lepas, sekaligus mencatatkan rekod pecang panggung bagi filem berbahasa Hindi itu di Amerika Utara.


Pengarah filem itu, Karan Johar mensasarkan kutipan akan jatuh tujuh peratus pada hari Ahad selepas mendapat kutipan AS$682,000 (RM2.3 juta) pada hari Sabtu. Bagaimanapun, filem itu menerima sambutan yang menggalakkan pada hari Ahad.

Filem tersebut yang dibintangi Shah Rukh Khan dan Kajol itu akan ditayangkan di 120 buah panggung teater termasuk di Amerika Syarikat dan Kanada selama tiga hari.

Menurut satu laporan, tiket filem itu telah habis dijual.

MNIK juga adalah antara filem yang mendapat sambutan di Amerika Utara selepas mula ditayangkan pada 12 Februari lepas.

Februari 07, 2010

(Cerita Artis) Persembahan Datuk Khatijah Ibrahim Untuk Tabung Kanser


Walaupun sibuk dengan kerja-kerja seharian sebagai artis di Malaysia, mereka tidak pernah lupa akan keperitan insan-insan lain yang memerlukan bantuan.

Persembahan Amal ini akan berlangsung di di Universiti Malaya bulan depan, kepada anda semua jika ingin menyaksikan dan menderma datang la beramai-ramai ke persembahan Amal ini.konsert khas bagi mengumpul dana untuk Tabung Kanser Payudara Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)Berita seterusnya ada di bawah..

Tiket-tiket konsert yang bernilai dari RM10 kepada RM500 boleh dibeli di PPUM, Dewan 3 Pusat Pameran Mid Valley Megamall, tingkat bawah SACC Mall Shah Alam, Pasar Malam Bangsar, dan tingkat bawah Tropicana City Mall. Ghauth berkata hanya 1,200 tiket akan dijual untuk konsert ini, dan orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjuit mengenai tike-tiket itu boleh menghubungi Pusat Sumber kanser Payudara dengan menelefon 03-79493642.




Baca Selanjutnya


Konsert "Beri Kesempatan Hidup" di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) pukul 8 malam pada 6 Mac itu akan dirasmikan oleh Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim," kata Naib Canselor universiti Datuk Dr Ghauth Jasmon pada satu persidangan akhbar semalam.

Beliau berkata dana hasil konsert itu akan digunakan dalam usaha membantu mengurangkan kos rawatan kanser payudara buat pesakit, selain membantu dalam melaksanakan kajian mengenai penyakit kanser payudara.

Katanya kos untuk rawatan pemulihan ketika ini adalah antara RM15,000 dan RM20,000, malah ada yang menjangkau sehingga RM150,000 tiap seorang pesakit, manakala kos bagi meringankan penderitaan boleh menjangkau sehingga dua kali ganda lebih banyak, dan jumlah pesakit yang dirawat oleh pusat perubatan pula meningkat pada kadar lima peratus setiap tahun.

Katanya sejak dana itu dilancarkan pada tahun 2000, ia menerima pembiayaan daripada kerajaan dan tahun lalu dana RM356,759 yang diterima disalurkan kepada 69 pesakit.

"Bagi PPUM jumlah dana ini perlu ditingkatkan segera, dan kami benar-benar berharap orang ramai akan mengambil berat mengenai perkara ini kerana barah payudara adalah penyebab kematian yang kedua paling tinggi bagi kaum wanita ketika ini," katanya.


Zoom: Apa kata anda !?

Februari 01, 2010

(Cerita Artis) Chef Wan bakal bergelar Datuk !!

Kami di Zoomartis mengucapkan tahniah kepada Chef Wan, jika tidak kerana usahan yang beliau curahkan pastinya ia tidak akan menerima anugerah ini.





Baca Selanjutnya

Chef Wan yang digelar Chef TV Selebriti Terbaik Dunia bakal dimahkotakan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Dipertuan Agong dan kerajaan Malaysia.

Tak sia-sialah penat lelah selama lebih 25 tahun yang dipikul Chef Wan sebagai tukang masak sehingga membuka mata banyak pihak bukan saja dalam negara malahan di peringkat antarabangsa.

Sepatutnya Chef Wan sudah lama memegang gelaran itu. Bagaimanapun 4 tawaran telahpun ditolaknya dengan baik kerana dia belum lagi bersedia untuk memikul peranan dan gelaran yang disifatkannya cukup terhormat.

Bagaimanapun kali ini, Chef Wan tak dapat menolak tawaran yang diberikan itu. Lebih-lebih lagi apabila ibunya amat berharap untuk melihat segala penat jerih dan kesungguhan anaknya itu mengharumkan nama negara berbaloi.

Selepas penganugerahan itu, Chef Wan dengan rasa rendah diri kalau boleh tidak mahu sesiapa menyapanya dengan panggilan Datuk. Cukuplah dengan panggilan sedia ada seperti Chef Wan atau Abang Wan.

November 25, 2009

(Cerita Artis)Yasmin Yusoff mencuri pandangan ramai di IFF !!!!


Datuk Yasmin Yusoff, pengacara terkenal telah mencuri pandangan ramai yang hadir apabila dia muncul mengenakan 'turban' mengacarakan "Islamic Fashion Festival' (IFF) di JW Mariott semalam.

DJ yang terkenal satu ketika dulu telah memakai 'turban' berwarna biru dan dipadankan dengan busana muslimah rekaan Datuk Tom Abang Saufi. Selalunya, Yasmin lebih gemar berpakaian santai dan ranggi. Pesona yang dipamerkan Yasmin begitu menyerlahkan keterampilannya.



Baca Selanjutnya

"Ini bukan kali pertama saya memakai 'turban'. Sewaktu 'Fashion Of the 80's' dulu, saya pernah menggayakan fesyen yang sama. Tapi itu cerita lama lah...," jelas selebriti yang masih aktif dalam bidang pengacaraan korporat ini.

Katanya lagi, "Hampir setiap orang yang melihat saya berturban akan berhenti dan memuji hinggakan saya jadi kekok. Oleh kerana terlalu ramai yang memuji, saya terpanggil untuk merakamkan foto sendiri untuk ditunjukkan kepada suami saya."

Zoom KOmen : Lain Daripada yang lain..Apa kata anda !?

November 18, 2009

(Cerita Artis)Petua Siti Untuk Kekal Cantik !!!


Kalau sebelum ini zoom hanya tahu rahsia kekal muda dengan memakan ulam (Sayur) daripada orang berusia.Tetapi hari ini petua terbaru dari Datuk Siti nurhaliza untuk kekal cantik dengan meminum Jus lobak Merah Dan Epal.Banyak juga khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran ni..!!! Jum kita zoom "statement" Datuk Siti didalam program AC.



Baca Selanjutnya

UNTUK kekal cantik, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza minum jus epal bersama lobak merah setiap pagi dengan sarapan.

“Minum jus atau makan buah-buah seperti belimbing atau nenas adalah satu kemestian buat saya,” kata Siti dalam sebuah temu bual selepas program rakaman AC? kelmarin.

Selain itu, Siti juga mengambil kapsul antioksiden, vitamin dan CQ10 untuk kekal sihat.

“Suami saya juga tidak pernah terlepas untuk makan suplemen pada setiap pagi. Beliau lebih berdisiplin mengambil pil-pil sebelum bersenam berbanding saya kerana sudah biasa,” kata Siti yang mendirikan rumah tangga dengan Datuk Khalid Muhamad Jiwa tiga tahun lalu.

Menurut Siti lagi, rahsianya untuk kekal cantik adalah dengan setiasa berfikiran positif dan cuba meleraikan segala kekusutan dalam minda.

“Pasti ada jalan untuk sebarang masalah dan tiada guna kita tertekan kerana masalah yang kita hadapi,” jelas penyanyi yang berumur 30 tahun ini.

Sementara itu, menyentuh mengenai soal anak, penyanyi ini hanya berserah kepada tuhan.

“Saya akan cuba sehingga saya dikurniakan anak dan berdoa. Tuhan tahu bila masa yang sesuai...,” ujar Siti lagi

Tambah Siti, seorang wanita tidak lengkap selagi belum bergelar ibu tetapi sekarang beliau masih gembira.

“Sekarang ini pun tiada apa yang kurang kerana suami masih ‘manja’ dengan saya. Selagi tak ada anak kami akan berbulan madu,” kata penyanyi itu sambil tersenyum.

Menurut Siti, sebagai manusia kita hanya boleh merancang. Beliau sendiri walaupun pada mulanya ingin berundur dari dunia nyanyian selepas berkahwin pada tahun 2006, tetapi rezeki masih datang mencurah-curah.

“Saya akan terus aktif dalam bidang nyanyian sehingga ada rezeki(anak). Kalau dah ada, saya akan perlahankan aktiviti nyanyian,” jelas Siti.

Rumahnya tidak sunyi kerana ibu mertuanya tinggal bersama Siti serta suami. Malah anak-anak saudara sering menziarahinya.

Mengenai soal bertudung, Siti berkata biarlah beliau dengan caranya.

“Saya ada mendengar komen yang mengatakan cara saya menutup kepala saya tidak memenuhi tuntutan agama. Tetapi ini adalah diri saya yang sebenarnya dan saya selesa dengan berselendang,” jelas Siti.

Apabila ditanya apakah rancangannya untuk tahun 2010, penyanyi yang lunak suaranya berkata beliau ingin mencapai kejayaan yang lebih baik dari segala aspek.

“Saya ingin kesihatan dan kerjaya saya bertambah baik dan merancang untuk mengadakan konsert pada tahun hadapan,” tambah Siti.

Zoom Komen: Patutlah Dato K Senyum je selalu, pandai Datuk siti ni erkk...Apa Komen anda?

November 12, 2009

(Cerita Artis) Konsert solo Sharifah Aini di Singapura cipta sejarah !!!


Satu sejarah yang cukup membanggakan buat Datuk Sharifah Aini di Stadium Tertutup Singapura di Kallang semalam dalam konsert solo.

Konsert amal anjuran Jamiyah Global Pte Ltd selama hampir 3 jam itu juga suatu pencapaian terhebat buat Sharifah atau Kak Pah sendiri kerana inilah kali pertama beliau berjaya mengadakan persembahan secara solo di luar negara yakni di sebuah stadium yang begitu gah dengan persembahan artis antarabangsa.



Baca Selanjutnya

Apa yang mengejutkan, semua tiket telah habis dijual sejak beberapa hari lalu dan sehingga malam tadi pun, masih ada ramai peminat yang hampa di luar stadium kerana gagal mendapat tiket. Barisan wartawan dari Malaysia bagaikan tidak percaya melihat penangan seorang penghibur Melayu yang berusia lebih 50 tahun mampu mengajak ribuan peminat untuk menonton konsertnya.

Kak Pah yang diiringi oleh 7 pemuzik profesional dan 6 penyanyi latar menyampaikan hampir 30 buah lagu termasuk secara medley yang kesemuanya bagaikan menceritakan perjalananannya dalam bidang seni. Peminat Kak Pah di Singapura nyata bertuah kerana beliau telah menyanyikan beberapa lagu popularnya yang jarang-jarang dialunkan selama ini.

Zoom KOmen: Tahniah Kak Pah..APa KOmen ANda !!!?

Oktober 16, 2009

(Bollywood) Shah Rukh Khan Terima 2 Anugerah Lagi !!!


SHAH Rukh Khan akan menerima dua lagi anugerah dari kedutaan Korea di India.

“Kerajaan Korea akan mengurniakan seutas tali pingang untuk memberi penghormatan kepada pelakon itu dalam bidang Taekwondo.

"Satu lagi pangkat penghormatan akan dikurniakan kepadanya kerana menjadi duta khas untuk sektor kebudayaan dan pelancongan,” kata jurucakap Shah Rukh menerusi satu panggilan telefon.




Baca Selanjutnya

Majlis pengurniaan pangkat dan tali pinggang itu akan diadakan di Hotel Taj Lands Ends, India.

Tetapi, tarikh bila majlis itu akan diadakan tidak dinyatakan.

Ini merupakan pangkat kedua yang dikurniakan kepada pelakon itu pada tahun ini.

Pangkat pertamanya yang membawa gelaran doktor dikurniakan kepadanya untuk sumbangannya dalam bidang kesenian dan kebudayaan.

Ianya dikurniakan oleh Universiti Bedfordshire di London pada bulan Julai yang lalu.

Zoom Komen: Bertuahnya Datuk Shah Rukh Khan ni, dah dapat Datuk kat malaysia, DR pun dapat, ni yang terbaru 2 lagi anugerah yang beliau terima.Besar juga IKON yang Datuk SRK ni bawa untuk negaranya,dimana-mana pelosok dunia ni mesti kenal kat SRK terutamanya di Nusantara.Apa Komen Anda mengenai Datuk SRK ni?

Oktober 11, 2009

(Gambar) Datuk "K" Berjambang !!!!!


APa KOmen anda dengan penampilan baru Datuk K Yang baru ni..Hendome tak sure dato CT takut dengan penampilan baru Datuk K Ni, yer lah lagie hendsome lagi ramai la orang yang suka, terutamanya gadis2 dan mak "Jans" Yang kesepian..Betul tak Alls!!! kesian Dato CT belum ada lagie..!!!



Baca Selanjutnya

Zoom ada info dari Satu Pusat Perubatan Swasta di SUbang Jaya, CT Dan K selalu datang sana "Check UP"..!!! Kalau dah ada nanti Zoom Inform Kat U alls ..!!Apa KOmen u aLLS Dengan Penampilan Terbaru Datuk K ni !!?