November 25, 2009

(Cerita Artis)Yasmin Yusoff mencuri pandangan ramai di IFF !!!!


Datuk Yasmin Yusoff, pengacara terkenal telah mencuri pandangan ramai yang hadir apabila dia muncul mengenakan 'turban' mengacarakan "Islamic Fashion Festival' (IFF) di JW Mariott semalam.

DJ yang terkenal satu ketika dulu telah memakai 'turban' berwarna biru dan dipadankan dengan busana muslimah rekaan Datuk Tom Abang Saufi. Selalunya, Yasmin lebih gemar berpakaian santai dan ranggi. Pesona yang dipamerkan Yasmin begitu menyerlahkan keterampilannya.



Baca Selanjutnya

"Ini bukan kali pertama saya memakai 'turban'. Sewaktu 'Fashion Of the 80's' dulu, saya pernah menggayakan fesyen yang sama. Tapi itu cerita lama lah...," jelas selebriti yang masih aktif dalam bidang pengacaraan korporat ini.

Katanya lagi, "Hampir setiap orang yang melihat saya berturban akan berhenti dan memuji hinggakan saya jadi kekok. Oleh kerana terlalu ramai yang memuji, saya terpanggil untuk merakamkan foto sendiri untuk ditunjukkan kepada suami saya."

Zoom KOmen : Lain Daripada yang lain..Apa kata anda !?