Memaparkan catatan dengan label Akademi Fantasia 8. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akademi Fantasia 8. Papar semua catatan

April 21, 2011

Panas Adira dan Hafiz Mengaku Sedang Bercinta

ADIRA

Hafiz

Memang panas kisah ini dan sudah pasti esok akan menjadi bualan mulut diluar sana mengenai Hafiz AF7 dan Adira AF8 sedang bercinta dan seterusnya melenyapkan gossip panas yang sebelum ini menghantui Adira.Menurut Hafiz mereka telah bercinta sejak lima bulan lalu ketika beliau bersedih ditinggalkan kekasih sehinggalah kehadiran Adira sebagai kawan akhirnya bertukar menjadi bibit-bibit cinta.

Dan berikut "Statement" pasangan ini :

Hafiz :

Januari 04, 2011

Duit Peserta Akademi Fantasia Nadiawati Ainul Basir Di Curi !!

Inilah kisahnya jika hendak buat sesuatu tetapi meninggalkan benda berharga tanpa disedari. Nadiawati Ainul Basir atau Ain berasal daripada Sabah kehilangan duit RM3000 semasa pertandingan boling dianjurkan pusat beli-belah di Wangsa Maju, di sini kelmarin.

Dah buat laporan polis tetapi si tangan panjang masih belum diketahui.

September 22, 2010

Shahir AF8 Kemalangan di Bidor, Kereta Fairlady Rosak Teruk

PETALING JAYA: Kereta jenis Nissan Fairlady berwarna putih milik juara AF8, Ahmad Shahir Zawawi, 22, berpusing sebanyak lima kali sebelum merempuh pembahagi jalan di lebuh raya antara Bidor ke Sungkai, Perak.

Kereta Fairlady RM180k yang dibeli pada bulan ramadan baru-baru ini dikatakan rosak teruk di depan dan belakang. Namun beliau dan sahabat berada dalam keadaan selamat cuma mengadu sakit badan ketika ditanya oleh wartawan.

Kejadian berlaku ketika hujan lebat yang menyebabkan cermin kereta kabur, Shahir menekan brek kerana merasakan kereta beliau terapung-apung namun kereta berpusing sebanyak 5 kali dan terbabas.

Jun 14, 2010

Kediaman AF8 Berhantu ?

Setelah selesai Program Hiburan Akademi Fantasia 8, satu persatu kisah mengenai program ini diperkatakan di media cetak dan elektronik.


Dan yang terbaru mengenai kisah tempat kediaman mereka yang dikatakan keras, malah bekas pengetua Norman mengakui tempat tersebut memang ada penguni lain.Ikuti cerita ini daripada bekas pelajar di Akademi Fantasia 8.




Salah seorang pelajar yang dirasuk iaitu Dayang Nor Anum Ahrun atau Anum memberitahu selepas tiga minggu berada di kediaman tersebut, dia melalui satu pengalaman yang menyeramkan.



Kata Anum pada satu malam ketika berasa kurang sihat, dia mengajak teman seasrama yang juga rakan dalam AF8 iaitu Adira untuk menemaninya ke tandas kerana terasa hendak muntah.
Menurutnya, semasa di tandas mereka terdengar bunyi sesuatu yang agak pelik tetapi tidak menghiraukannya. Bagaimanapun selepas itu Anum terus jatuh dan tidak sedarkan diri.
Sebenarnya ketika tidak sedarkan diri itu, Anum telah dirasuk, meracau-racau selain bertindak agresif.
Menurut Muhd. Firdaus Maulana Mohamed atau Maulana yang menyaksikan kejadian itu. Dia mendengar suara Anum berubah menjadi suara lelaki sambil merenung dalam keadaan yang menakutkan.
Sebelum itu salah seorang peserta AF8 iaitu Farina telah bergegas ke hostel lelaki untuk meminta bantuan kerana mereka sudah tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah tersebut.
“Setibanya di bilik Anum, kami lihat dia sedang dipegang oleh penyelia asrama, Baha. Anum pula bertindak kasar seperti sedang ‘menurun’. Adira pula nampak tenang dan terbaring di sebelah Anum dalam keadaan yang lemah. Dia hanya mendiamkan diri dan nampak lesu,” kata Maulana.
Dalam keadaan cemas itu, dua lagi rakan mereka Shahir dan Daus memberanikan diri untuk membantu Baha dengan memegang Anum yang sedang meronta-ronta.
Menghuraikan serba ringkas keadaan Anum ketika itu, Maulana berkata, selain bertindak agresif, menjerit dan ketawa, suara Anum juga berubah dan kedengaran seperti suara lelaki.
“Kami dan krew produksi yang lain mula membaca surah Yassin walaupun Anum meronta-ronta, menjerit dan ketawa. Ketika dia menjerit, suaranya bertukar dengan renungan yang menakutkan. Tapi kami tetap membaca surah Yassin tanpa henti sepanjang dia bertindak agresif selama satu hingga dua jam,” akuinya yang takut melihat keadaan Anum yang sangat berlainan daripada kebiasaannya.

Mac 14, 2010

Konsert Tirai Akademi Fantasia 8


Apa kata anda mengenai konsert Tirai Akademi Fantasia 8 semalam !!? Kalau anda perasaan macam-macam ragam yang sempat Zoom tengok live di Astro Semalam.Diantaranya

1.Anak gadis dari Sabah hampir terjatuh kerana memakai kasut tinggi dan subang telinga tercabut,mungkin kerana masih baru kot..

2.Zoom perasaan salah seorang peserta macam lembut je...tengok je la..!! kalau anda perasaan !!

3.Pakaian peserta wanita kebanyakan seksi dan mengoda...!! betul tak !?

4.Mulut Laser Adlin sehingga keluar perkataan ( Kemut2, Bulat dan sebagainya )...Nasib baik ada Pak Nil yang menyelamatkan keadaan dan perli si Adlin tu..!! Apa kata anda mengenai ADllin semalam...Macam OVER JER !!!

5.Gaya Korean Wanabe Pak Nil...Nampak makin hendsome....hehheheehheeh

6.Pemilihan lagu yang tak sesuai dengan Vokal peserta...

Apa pun "Ain The Best" anda pula bagaimana siapakah peserta pilihan anda ?

Mac 10, 2010

Gambar peserta Akademi Fantasia 8



KUALA LUMPUR: Seramai 12 orang terdiri dari enam perempuan dan enam lelaki telah diumumkan sebagai pelajar Program realiti TV popular Akademi Fantasia bagi musim kelapan (AF8) sebentar tadi.
Ujibakat yang dijalankan pada Januari lalu telah memilih enam orang pelajar dari Malaysia Timur iaitu empat pelajar perempuan daripada negeri Sabah iaitu Nadiawati Ainul Basir, 23, Dayang Nor Anum Arjuna Aharun, 19, Erma Suhaimi, 21 dan Siti Adira Suhaimi, 19, manakala Zafarina Jamhari, 28, dan Muhd Shahril Firdaus El, 22 berasal dari Sarawak.


Selain itu enam orang pelajar yang terpilih dari Semenanjung ialah Nadia Emilia Roselan, 21, Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein, 26, Muhammad Alif Kadim, 18, Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21, Emirza Awan Zulazrin Chew, 20 dan Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Mulana, 22.


Ermm...Mari kita tengok siapa yang menang.....


Zoom: Apa kata anda 

Februari 20, 2010

(Gossip) Jimmy pengacara Akademi Fantasia 8 sudah bertunang !!?

Entah betul ke tak gossip ini, atau sekadar gimik semata-mata untuk menaikkan rating AF8 yang semakin hangat di perkatakan di Media cetak dan Elektronik.Sebab gossip pertunangan Jimmy penulis blogger kebanyakan berdasarkan info di laman web Murai yakni salah satu sponsor AF8.

Tapi, Jimmy telah pun menafikannya dan mengatakan bahawa ianya hanyalah sekadar gosip semata-mata. Nak menafikan tapi ada buktinya, ada sebentuk cincin bertunang disarungkan di jari manis tangan kanannya.


Zoom: Alah kalau betul pun apa salah nyer kan...!!! Apa kata anda ?

Februari 12, 2010

(Cerita Artis) Que Haidar utamakan disiplin di AF8 !!

Bertuahnya si Que Haidar dan isteri, akhirnya dapat juga dia menemani si isteri mengajar bakal pelajar di Akademi Fantasia 8 nanti.

Pihak ASTRO membuat kejutan dengan memilih Que Haidar sebagai jurulatih drama bagi Akademi Fantasia musim kelapan (AF8). Kepercayaan yang diberikan oleh pihak ASTRO kepadanya untuk membimbing pelajar-pelajar AF8 sebagai jurulatih drama membuktikan dirinya kini diiktiraf sebagai pelakon yang berkebolehan.

Mari kita baca komen Que mengenai kerja baru beliau ini !!...



Baca Selanjutnya

"Mula-mula dapat tawaran itu, saya rasa terperanjat. Tapi selepas difikirkan kembali, saya rasa begitu teruja sekali
.

"Walau apa pun, saya rasa ia adalah satu penghargaan buat diri saya kerana pihak Astro memberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya," ujarnya selepas majlis Sidang Media dan Pengumuman Rasmi Pengetua, Pengacara, dan Tenaga Pengajar AF8, di Hotel Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Walaupun sibuk dengan kariernya sebagai pelakon, Que dengan penuh yakin memberitahu akan menggalas tanggungjawab yang diberikan itu dengan bersungguh-sungguh.

"Kalau ikutkan, kerja saya memang sibuk tapi saya akan menjadi seorang guru yang terbaik buat pelajar-pelajar saya.

"Saya akan berkongsi pengalaman dengan mereka sebagai pelakon dan turut mengaplikasikan apa yang saya pernah belajar semasa di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) suatu masa dulu,"
kata Que, yang berusia 31 tahun.

Ditanya mengenai caranya yang tersendiri untuk melatih pelajar-pelajarnya, Que memberitahu, dia akan mementingkan disiplin dan ketegasan semasa melatih pelajar-pelajarnya.

"Saya sudah pun diberi silibus untuk sesi saya dan saya yakin dengan pengalaman lebih kurang 13 tahun dalam bidang lakonan, saya boleh memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman dengan pelajar saya.

"Tapi susah nak cakap juga, kerana saya belum bertemu dengan pelajar-pelajar AF8,"
ujar ayah kepada Puteri Ratu Haidar ini.

Februari 11, 2010

(AF) Norman Abdul Halim Pengetua AF 8, Sarimah dan Jimmy Pengacara !!

Akhirnya konterversi dan persoalan yang timbul mengenai siapakah Pengetua dan pengacara Program Realiti Akademi Fantasia musim ke 8 tahun ini.Norman Abdul Halim bertuah kerana diberi kepercayaan meneruskan tradisi sebagai pengetua dalam program Realiti Akademi Fantasia.

Zoom: Dibawah gambar tenaga pengajar dan Hos Akademi Fantasia 8...!!



Baca Selanjutnya

Jimmy Dan Sarimah Selaku Pengacara AF8
Pengetua,Hos Dan Tenaga Pengajar Di AF 8 2010

Februari 04, 2010

(Cerita Artis) Ac Mizal sah bukan pengacara Akademi Fantasia 8

Dengan "Statement" Ac Mizal di media cetak dan elektronik hari ini, sahlah bahawa beliau tidak lagi menjadi Hos rancangan realiti Akademi Fantasia untuk musim ke 8 tahun ini.Berikut "statement" atau cerita mengenai pengunduran AC walaupun belum lagi diumumkan siapakah akan menjadi hos untuk musim ke 8.



Baca Selanjutnya

Mengulas mengenai pengundurannya, AC berkata, perasaannya bercampur-baur mengenai keputusan besar itu. Dia yang mengakui lega dan sedih dengan pengunduran itu menganggap AF sebagai pentas keramat yang menguji kebolehannya sebagai pengacara.

"Jujurnya saya rasa lega dan sedih dengan keputusan ini. Saya lega sebab tidak rasa tekanan besar untuk mengacarakan AF lagi. Tapi pada masa yang sama, sedih juga sebab tak dapat nak mengacarakan program ini lagi. Saya terpaksa lepaskan tugas yang cukup istimewa itu demi komitmen pada cabang perniagaan. Namun, saya amat bersyukur kerana berpeluang mengendalikan program hebat seperti AF selama dua musim. Dengan menjadi pengacara AF, saya sudah tiada apa lagi yang hendak dibuktikan dalam bidang pengacaraan,"
ujar AC.

Bercerita mengenai faktor pengundurannya, AC berkata, dia tidak dapat memberikan komitmen kepada program itu kerana komitmen terhadap bisnes di bawah syarikatnya sendiri, AC Konsortium.

"Memang sejak dulu lagi saya ingin menjadi usahawan. Alhamdulillah peluang itu sudah terhidang di depan mata hari ini. Niat saya adalah untuk memanfaatkan kelebihan ini membantu orang lain pula. Bukan saya tidak mahu mengacarakan AF lagi, cuma saya tidak dapat membahagikan masa antara bisnes dan AF. Saya terikat dengan seminar bisnes hampir setiap minggu. Sebelum saya menghampakan mana-mana pihak di kemudian hari, lebih baik saya buat keputusan ini sekarang,"
katanya.

Zainir mahupun Azlin bagaimanapun enggan mengumumkan pengganti AC untuk AF musim ini. Sidang media rasmi mengenai hos baru AF akan diadakan pada minggu depan.

Zoom: Teka teki siapakah HOS Akademi Fantasia 8 semakin rancak dengan pengunduran AC sebagai salah seorang calon..Apa kata anda !?

Januari 27, 2010

(Akademi Fantasia) Sambutan AF 8 masih hangat di Pasaran



Akademi Fantasia musim ke-8 kembali menemui peminatnya. Uji bakat pertama sudah pun dijalankan pada 9 &10 Januari lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil dan mendapat sambutan hangat.

Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, berkata sambutan masih lagi rancak seperti tahun sebelum ini di mana lebih 1,000 borang berjaya dikeluarkan untuk lokasi pertama itu. Malah, Azlin menjelaskan pada hari pertama sahaja, lebih 500 borang telah habis diedarkan.

"Sistem pemilihan masa lagi sama seperti tahun yang sudah Setiap peserta perlu melalui 4 peringkat tapisan. Untuk peringkat pertama dan kedua, peserta akan diuji dengan bakat nyanyian dan pengesanan bukan tone deaf. Juri untuk peringkat pertama dan kedua adalah Cikgu Shafie, Lah V.E dan penyanyi Deja Moss,"
jelas Azlin.



Baca Selanjutnya

Perbezaan jelas ketara pada peringkat ketiga yang mana peserta akan dinilai personaliti melalui motivasi. Bagi peringkat ini, pakar motivasi dan penyanyi popular, Dr Fazley diberi amanah untuk menilainya.

"Peringkat ini agar berlainan sedikit. Peserta diuji dengan personaliti dan mengesan bakat sampingan yang ada pada setiap peserta uji bakat. Peringkat terakhir pula merupakan sesi temuramah secara dekat bersama juri-juri khas pilihan Astro," kata Azlin.

Untuk keseluruhan, Akademi Fantasia musim ke -8 (AF8) masih lagi mempunya visi yang sama iaitu mencari penghibur serba boleh. Ditanya sama ada pihak Astro bersedia berhadapan dengan risiko penurunan jumlah peserta uji bakat pada musim kali ini, Azlin menegaskan bahawa bukan kuantiti yang mereka cari tetapi kualiti pada keseluruhannya.

"Setakat ini memang kita nampak peserta yang memiliki kriteria seperti ini tetapi kebanyakan mereka masih tidak cukup umur untuk menyertai AF", katanya.

Zoom: Apa kata anda mengenai AF8 ini ?

Januari 10, 2010

(Gossip) Siti Nurhaliza bakal cipta sejarah dalam dunia AF?


Kerusi panas yang akan diduduki oleh Pengetua Akademi Fantasia 8 (AF8) kembali diperkatakan. Jangan terkejut kalau Dato' Siti Nurhaliza adalah antara orang yang telah diintai oleh pihak produksi selepas selesai Konsert Bagaikan Sakti dengan M Nasir di Singapura, baru-baru ini. Namun sama ada setuju atau tidak, itu terletak kepada keputusan Siti sendirilah.

"Sebelum ini, sudah ada pihak menggembar-gemburkan bahawa Norman KRU kemungkinan akan menjadi Pengetua AF8. Ia bagaimanapun masih lagi spekulasi semata-mata
.



Baca Selanjutnya

"Desas-desus perlantikan Siti sebagai Pengetua timbul selepas Astro memberi peluang Siti untuk menjadi artis Malaysia pertama muncul dengan 'saluran sendiri'. Kemudian Astro juga menjadi penyiar rasmi untuk konsert Bagaikan Sakti yang diadakan di Singapura itu. Jadi ini mungkin bunga-bunga awal ke arah kerjasama antara Siti dan AF8 dalam satu pakej yang kita tidak ketahui berapa kosnya

Zoom: Malas nak buat andaian sebab masih lama lagi..!!! kalau betul pun apa salah nye...!apa kata anda ?