ADIRA
Hafiz
Memang panas kisah ini dan sudah pasti esok akan menjadi bualan mulut diluar sana mengenai Hafiz AF7 dan Adira AF8 sedang bercinta dan seterusnya melenyapkan gossip panas yang sebelum ini menghantui Adira.Menurut Hafiz mereka telah bercinta sejak lima bulan lalu ketika beliau bersedih ditinggalkan kekasih sehinggalah kehadiran Adira sebagai kawan akhirnya bertukar menjadi bibit-bibit cinta.
Dan berikut "Statement" pasangan ini :
Hafiz :
"Saya atau Adira tidak mahu kecoh-kecoh tentang hubungan kami. Malah, ketika Adira 'diserang' gosip yang mendakwanya menjalin hubungan songsang beberapa bulan lalu, kami mengetahui cerita yang sebenar dan masih mampu mengunci mulut
"Hakikatnya, dia seorang gadis yang baik dan sama sekali tidak seperti yang digembar-gemburkan.
"Saya berharap dengan pengakuan ini dapat membersihkan nama Adira di mata umum agar tiada pihak terus berpandangan serong padanya,""Sebenarnya saya sudah menyimpan perasaan pada Adira sejak dia AF8 lagi. Cuma, ketika itu kami mempunyai pasangan masing-masing."Kebetulan pula ketika saya sedih selepas putus cinta pada penghujung tahun lalu, Adira muncul memberikan semangat. Lama-kelamaan, keserasian kami itu bertukar menjadi perasaan sayang pula,
Adira :
Memang saya menjalin hubungan dengan Hafiz sejak lima bulan yang lalu. Malah, hubungan kami diketahui oleh kedua-dua belah keluarga.
"Bagaimanapun, kami tidak mahu menghebohkan hal ini. Saya harap cerita ini tidak diperbesarkan dan semua pihak menghormati ruang privasi saya," katanya
Apabila ditanya tentang impak dan penerimaan keluarganya terhadap gosip yang mendakwa dia mengamalkan hubungan songsang, Adira berkata: "Sebagai orang baru dalam industri ini, saya terlalu kerdil untuk mempertahankan diri daripada gosip sedemikian.
"Yang penting, keluarga sangat mengenali saya dan mengetahui cerita sebenar. Bagi saya, dengan berdiam diri saja segala fitnah yang dilemparkan itu akan lenyap dengan sendirinya."
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!