Jun 14, 2010

Kediaman AF8 Berhantu ?

Setelah selesai Program Hiburan Akademi Fantasia 8, satu persatu kisah mengenai program ini diperkatakan di media cetak dan elektronik.


Dan yang terbaru mengenai kisah tempat kediaman mereka yang dikatakan keras, malah bekas pengetua Norman mengakui tempat tersebut memang ada penguni lain.Ikuti cerita ini daripada bekas pelajar di Akademi Fantasia 8.




Salah seorang pelajar yang dirasuk iaitu Dayang Nor Anum Ahrun atau Anum memberitahu selepas tiga minggu berada di kediaman tersebut, dia melalui satu pengalaman yang menyeramkan.



Kata Anum pada satu malam ketika berasa kurang sihat, dia mengajak teman seasrama yang juga rakan dalam AF8 iaitu Adira untuk menemaninya ke tandas kerana terasa hendak muntah.
Menurutnya, semasa di tandas mereka terdengar bunyi sesuatu yang agak pelik tetapi tidak menghiraukannya. Bagaimanapun selepas itu Anum terus jatuh dan tidak sedarkan diri.
Sebenarnya ketika tidak sedarkan diri itu, Anum telah dirasuk, meracau-racau selain bertindak agresif.
Menurut Muhd. Firdaus Maulana Mohamed atau Maulana yang menyaksikan kejadian itu. Dia mendengar suara Anum berubah menjadi suara lelaki sambil merenung dalam keadaan yang menakutkan.
Sebelum itu salah seorang peserta AF8 iaitu Farina telah bergegas ke hostel lelaki untuk meminta bantuan kerana mereka sudah tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah tersebut.
“Setibanya di bilik Anum, kami lihat dia sedang dipegang oleh penyelia asrama, Baha. Anum pula bertindak kasar seperti sedang ‘menurun’. Adira pula nampak tenang dan terbaring di sebelah Anum dalam keadaan yang lemah. Dia hanya mendiamkan diri dan nampak lesu,” kata Maulana.
Dalam keadaan cemas itu, dua lagi rakan mereka Shahir dan Daus memberanikan diri untuk membantu Baha dengan memegang Anum yang sedang meronta-ronta.
Menghuraikan serba ringkas keadaan Anum ketika itu, Maulana berkata, selain bertindak agresif, menjerit dan ketawa, suara Anum juga berubah dan kedengaran seperti suara lelaki.
“Kami dan krew produksi yang lain mula membaca surah Yassin walaupun Anum meronta-ronta, menjerit dan ketawa. Ketika dia menjerit, suaranya bertukar dengan renungan yang menakutkan. Tapi kami tetap membaca surah Yassin tanpa henti sepanjang dia bertindak agresif selama satu hingga dua jam,” akuinya yang takut melihat keadaan Anum yang sangat berlainan daripada kebiasaannya.