Februari 12, 2010

(Cerita Artis) Que Haidar utamakan disiplin di AF8 !!

Bertuahnya si Que Haidar dan isteri, akhirnya dapat juga dia menemani si isteri mengajar bakal pelajar di Akademi Fantasia 8 nanti.

Pihak ASTRO membuat kejutan dengan memilih Que Haidar sebagai jurulatih drama bagi Akademi Fantasia musim kelapan (AF8). Kepercayaan yang diberikan oleh pihak ASTRO kepadanya untuk membimbing pelajar-pelajar AF8 sebagai jurulatih drama membuktikan dirinya kini diiktiraf sebagai pelakon yang berkebolehan.

Mari kita baca komen Que mengenai kerja baru beliau ini !!...



Baca Selanjutnya

"Mula-mula dapat tawaran itu, saya rasa terperanjat. Tapi selepas difikirkan kembali, saya rasa begitu teruja sekali
.

"Walau apa pun, saya rasa ia adalah satu penghargaan buat diri saya kerana pihak Astro memberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya," ujarnya selepas majlis Sidang Media dan Pengumuman Rasmi Pengetua, Pengacara, dan Tenaga Pengajar AF8, di Hotel Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Walaupun sibuk dengan kariernya sebagai pelakon, Que dengan penuh yakin memberitahu akan menggalas tanggungjawab yang diberikan itu dengan bersungguh-sungguh.

"Kalau ikutkan, kerja saya memang sibuk tapi saya akan menjadi seorang guru yang terbaik buat pelajar-pelajar saya.

"Saya akan berkongsi pengalaman dengan mereka sebagai pelakon dan turut mengaplikasikan apa yang saya pernah belajar semasa di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) suatu masa dulu,"
kata Que, yang berusia 31 tahun.

Ditanya mengenai caranya yang tersendiri untuk melatih pelajar-pelajarnya, Que memberitahu, dia akan mementingkan disiplin dan ketegasan semasa melatih pelajar-pelajarnya.

"Saya sudah pun diberi silibus untuk sesi saya dan saya yakin dengan pengalaman lebih kurang 13 tahun dalam bidang lakonan, saya boleh memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman dengan pelajar saya.

"Tapi susah nak cakap juga, kerana saya belum bertemu dengan pelajar-pelajar AF8,"
ujar ayah kepada Puteri Ratu Haidar ini.