Memaparkan catatan dengan label Ajai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ajai. Papar semua catatan

Januari 07, 2010

(Cerita Artis) Riz Sanggup Tahan Sakit Demi Peminat




Itulah tajuk yang Zoom baca di akhbar online pagi ini, bertapa teguh dan bersemangat anak muda juga kelahiran Akademi Fantasia ini sanggup menahan sakit semata-mata ingin menyambut Hari lahir ke 23 bersama perminat dan keluarga tersayang di Celebrity Kopitiam milik komposer Ajai itu dikelolakan oleh ahli kelab peminatnya, Riz-Angles.Jum kita lihat wajah Riz dan peminat setianya..!!!






Baca Selanjutnya


“Saya telah menjalani pembedahan apendiks pada 29 November lalu di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Sebelum itu, saya sudah berjanji dengan peminat untuk meraikan Hari Jadi saya bersama-sama
“Walaupun sakit, saya sanggup berkorban demi peminat dan menahan sakit itu. Lagipun, mereka datang dari jauh seperti Johor, Pulau Pinang dan Ipoh, Perak,” ujar penyanyi yang sedang popular menerusi lagu Bermula Semula.
“Tetapi masa mula-mula menyanyi selepas melakukan pembedahan, pusat saya berdarah. Saya rasa mungkin sebab terlalu banyak bergerak,”
beritahunya yang sedang sibuk mempromosikan albumnya yang turut memuatkan lagu Ku Pinjam Satu Bintang yang dinyanyikan secara solo.


Ini adalah antara "Statement" Riz mengenai hari tersebut !!!!


Zoom: Acctually Zoom pun baru lepas bedah...ni still lagi berbalut dan berpantang, namun untuk pembaca di Zoomartis, dan kerana ingin berkongsi maklumat zoom kuatkat semangat mengerakkan jari-jari di atas papan kekunci ini..!!! Apa-apa pun apa kata anda mengenai Riz ini !!?





Oktober 30, 2009

(Cerita Artis) Isteri Ajai Mengandung !!!!



Penyanyi dan komposer popular Ajai kini cukup teruja apabila isteri kesayangan, Liza Ilias disahkan hamil oleh doktor beberapa minggu lalu. Walaupun kandungan Liza baru mencecah usia tujuh minggu, tetapi Ajai dikatakan sudah tidak sabar-sabar ingin menimang cahayamata tersebut. Mungkin kerana sudah lama tidak mempunyai anak kecil. Maklumlah Ayu Nazirah, anak hasil perkongsian hidupnya dengan Nurul dahulu sudah pun berusia 11 tahun.

Bagi Liza pula, dia juga sangat gembira dengan kehamilan pertamanya itu. Baginya, itu rezeki daripada Allah. Berkongsi cerita tentang kehamilannya itu, Liza memberitahu yang dia tidak sangka boleh mengandung dalam masa yang singkat.


Baca Selanjutnya

“Ajai yang dapat rasa saya mengandung. Suatu malam tu, Ajai balik ke rumah dan beritahu saya yang dia pening semacam dan dia syak mungkin kerana saya telah mengandung. Tapi saya tidak percaya. Seminggu sebelum Hari Raya, saya buat ujian sendiri sebab badan kerap penat dan hasilnya memang positif. Bagaimanapun, kami tidak terus berjumpa doktor, selepas berhari raya di Johor dan Pulau Pinang, baru kami berjumpa dengan doktor,”
ujar Liza yang ditemui ketika pembukaan Celebrity Kopitiam di Kota Damansara kelmarin.

Ditanya tentang pengalaman pertamannya hamil, Liza memberitahu setakat ini dia mengalami alahan sama seperti kebanyakan wanita lain.

“Biasalah mengandung ini. Kadang-kadang ada selera makan, kadang-kadang tiada. Muntah-muntah tu biasalah. Tetapi antara saya dengan Ajai, dia yang lebih teruk kena alahan. Ajai selalu muntah-muntah dan pening. Setakat ini saya belum lagi mengidam apa-apa. Mungkin sebab tak sempat hendak fikir, sibuk sangat buat masa ini,”
tambah Liza yang tidak kisah sama ada mendapat anak perempuan atau lelaki.

(credit to Gua)

Zoom KOmen: Sama-samalah kita tunggu dan lihat samada anak Ajai sama dengan anak-anak artis yang lari dari media dan public :)..!!! Tungguuuu..Apa komen anda !!?


Ogos 15, 2009

(Celebrity News ) Ajai Dan Liza Sah "Suami Isteri" !!




ETALING JAYA: Komposer dan penyanyi, Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas, hari ini selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya Norliza Ilyas, yang merupakan bekas pegawai kanan Maestro Talent Management.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Rujuk-Nikah Pejabat Agama Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Ustaz Hj Mansur dengan hanya sekali lafaz dari Ajai, kira-kira pukul 11 pagi tadi di Masjid Negeri Pulau Pinang.

Norliza diwalikan oleh bapanya, Ilyas Muhammad.

Mas kahwin bagi perkahwinan mereka adalah sebanyak RM 1001 manakala jumlah wang hantaran pula adalah RM 15 ribu.

Alhamdulillah,Dah selamat menjadi ikatan yang sah..Kalau tak sana sini orang gossipkan.Bro Ajai Ni dah selamat bernikah..Sis Nurul cari la yang sesuai sebab zoom banyak dengar sis ada kawan baru..Cepat2 lah suruh kawan tu hantar pinangan.
Apa-apa pun semoga berbahagia hingga ke akhir hayat bukan ke anak cucu :P

Ogos 05, 2009

(Celebrity News) Ajai, Liza nikah 15 Ogos


enyanyi dan komposer popular Ajai dan Liza Ilias akhirnya bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 15 Ogos ini. Mereka sudah mula mengedarkan kad undangan kepada rakan media dan jemputan lain.

Majlis pernikahan akan diadakan di Masjid Negeri, Pulau Pinang pada pukul 10.30 pagi dan diikuti jamuan doa selamat di rumah keluarga Liza, (Norliza Ilias) di Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang.

Ia sekali gus mematikan gosip liar yang mengaitkan Ajai (Mohd. Faizal Maas) dengan wanita lain selama ini. Mereka sudah lama mengakui hubungan mesra malah pernah merancang bernikah tahun lalu, namun kesibukan masing-masing membuatkan mereka gagal mencari tarikh yang sesuai.

Selamat Pengantin Baru Bro Semoga Berbahagia hingga ke akhir Hayat...Semoga selepas ini gossip mengenai anda berkurangan :)

Julai 18, 2009

(Gossip) Komen Ajai aibkan Jay Jay !!


Oleh Sakini Mohd Said
sakini@hmetro.com.my


Minggu lalu menyaksikan kejutan kemasukan protege yang dibimbing Ajai, Chaq selepas diumumkan tersingkir, tetapi dimasukkan semula untuk bertanding ke peringkat akhir bersama Fira (Lah VE) dan Black (Mas Idayu).

Tidak cukup dengan itu, Ajai pula tidak menghormati komen juri jemputan malam itu, Jay Jay yang mengkritik protegenya. Turut diundang sebagai juri jemputan malam itu ialah penyanyi Ning Baizura.

TUJUANNYA hanya satu, menerima tanggungjawab diamanah berlandas kejujuran tanpa mengira persahabatan yang terjalin dalam dunia muzik hiburan tempatan.

Malah, tidak sedikit pun terlintas di pemikirannya untuk memalukan rakannya itu di khalayak ramai. Ini kerana, apa dilakukan pelantun lagu Permaisuriku ini adalah berdasar skop kerja yang ditetapkan iaitu pemberian markah dan komen terhadap peserta bertanding secara rasional dan jitu.

Semuanya terjadi apabila Ajai membalas teguran ikhlas dilontarkan Jay Jay kepada protegenya, Chaq, selepas menyampaikan lagu Michael Jackson secara medley di konsert separuh akhir Mentor musim ketiga yang berlangsung di dewan MBSA, Ahad lalu.

Menurut Jay Jay, dari segi tarian, Chaq tiada masalah kerana sememangnya anak muda ini hebat di pentas beraksi pelbagai tarian dalam persembahan keduanya itu.

Namun, dari segi vokal menyanyikan lagu Michael Jackson, 'key' yang dibawa oleh Chaq sangat rendah dan sedikit sebanyak mempengaruhi kualiti persembahannya.

Ajai kelihatan tidak berpuas hati komen yang diberikan Jay Jay lantas menyampuk dengan menyatakan: "Saya arrange key itu sesuai dengan kemampuan vokal Chaq."

Malah, tanpa ada rasa sopan dan hormat, Ajai secara selamba memalukan juri itu di khalayak ramai dengan menyatakan: "Takkan saya nak pakai baju abang."

Zoom Comment : Sepatutnya Ajai Patut Hormat sedikit kat Otai Jay Jay,Sebab Setahu Zoom Jay Jay NI Lagie Banyak Pengalaman Dari Ajai..Apa Pandangan KOrang mengenai Gossip ni ? walaupun telah lapuk..namun ini boleh menjadi pengajaran kepada Mentor atau program realiti Lain di hari kemudian.

Julai 06, 2009

(Gambar) Ayu Al-Yahya, Kekasih Ajai


Alahai Sexy Nyer kekasih ajai ni,Tapi comel laa...Patut la ajai terpikat dengan ayu ni..kalau zoom pun sure terpikat nyer...nak buat macam mana dah jadi milik ajai...dah la comel ayuuu..sexy sgt pulak tu..meleleh jantan2 kat Luar tu tengok.Bertuah Nyer Ajai Dapat Awek Macam Ayu ni..Tapi Kalau Pakai Tudung Mesti Lagi lawa kan..Apa Pandangan Pembaca Semua ?
Ok la Korang Layan La yerkk Gambar Kekasih ajai kat bawah ni..Tengok kiri kanan nanti isteri2 or bini2 nampak kan jeles pulak :)






Dulu, pernah tersebar beberapa gambar seperti diambil semasa clubbing Ayu Al-Yahya bersama Ajai hanya selepas beberapa ketika penceraian mereka (Nurul dan Ajai) berlaku. Ya! Shemakin hari shemakin sherashi..


Zoom Comment : Apa-apala asal Ajai Bahagia dah Duda takpe
Info : Ohartis

Jun 17, 2009

(Gossip) Ajai Mahu Kahwini Liza Ogos Ini ?


Sesudah sekian lama menduda, komposer Ajai atau Faizal Maas akhirnya mengakui bahawa dia akan mengahwini kekasihnya, Liza Ilyas, pada bulan Ogos 2009 ini.

Di kalangan warga industri hiburan, ramai mengenali Liza sebagai bekas orang kuat Warner Music Malaysia yang kemudian beralih kepada Maestro Talent & Management. Kini Liza bertugas dengan syarikat Ajai, Wake The Baby Records.

Ajai meluahkan pengakuan itu kepada murai.com.my ketika ditemui menjayakan rakaman klip video lagu Liyana Jasmay, Aku Tak Percaya Cinta di Universiti Multimedia, Cyberjaya, petang semalam.

"Memang betul. Saya memang benar-benar serius mahu berkahwin dengan Liza. Sudah 4 tahun saya hidup menduda, dan saya rasa sudah penat. Umur saya pun makin lama bukan semakin muda. Jadi rasanya, inilah masa yang cukup sesuai untuk saya menamatkan zaman duda saya," kata Ajai.

Menurut Ajai lagi, segala persiapan perkahwinan yang perlu sudah pun dibuat tetapi majlisnya akan dilakukan secara sederhana sahaja di kediaman datuk Liza di Pulau Pinang.

"Saya dan Liza sudah rancang untuk buat kenduri kecil-kecilan saja di rumah datuk Liza di Penang. Ia hanya akan dihadiri keluarga serta rakan-rakan terdekat. Ketika ini memang jadual kerja saya sungguh padat tapi, saya akan tetap luangkan masa yang sesuai untuk hari bahagia itu.

"Kalau boleh kami mahu berkahwin sebelum kedatangan bulan puasa nanti. Apapun keputusan saya untuk berkahwin dengan Liza ini adalah yang terbaik untuk anak perempuan saya, Ayu (hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama Nurul," jelasnya lagi.

Sementara itu Ajai yang menjadi mentor kepada abang Stacy, Chaq dalam program Mentor turut melahirkan rasa gembira apabila protegenya itu berjaya melangkah ke semi-final dalam program realiti hiburan tersebut.

"Banyak benda yang saya fikirkan untuk Chaq. Pengalaman menerbitkan album beberapa artis tempatan sebelum ini banyak membantu saya untuk membentuk Chaq sebagai seorang protege. Tapi ia tidak akan berjaya tanpa dibantu oleh orang-orang di kiri dan kanan saya. Mereka inilah yang bertungkus-lumus memikirkan apa yang terbaik untuk Chaq dari sudut imej dan personaliti.

"Pihak TV3 sudah bagi wang sebanyak RM8,000 setiap minggu kepada mentor untuk memastikan kita melahirkan yang terbaik untuk protege kita. Jadi pandai-pandai kitalah memanfaatkan wang tersebut," katanya.

Ajai juga tidak menafikan bahawa sejurus selepas program Mentor berakhir, dia akan mengambil Chaq sebagai artis naungan di bawah produksi labelnya, Wake The Baby.

Mei 28, 2009

(Celebrity News) Gigi Rm 30K ...wahhhhh !!!!!!!!!


KL, 27 MEI 2009: Waaa, nampak gaya demam merawat dan mencantikkan gigi sudah menular dari Akademi Fantasia kepada Mentor pula.Apa tidaknya, selepas Claudia dan Aishah menjalani rawatan gigi yangcanggih sehingga mencecah RM30,000 (RM30K), sekarang tiba pula giliranAjai dan Protegenya, Chaq.


Zoom melihat sendiri barisan gigi kedua-dua mereka apabila berkunjung ke satu majlis makanmalam bertempat di Hotel Nikko, Kuala Lumpur baru-baru ini. Ajai & Chaq telah diundang oleh Korean Tour Agency(KTO - yang menaja Mawi & Ekin ke berbulan madu) bagi menyaksikanpelancaran kempen pelancongan EXPO 2010 - YOEOSU KOREA di situ.


Bagaimanapun, gigi yang dipakai sekarang masih lagi sementara dan akan digantikan dengan gigi yang lebih realdari segi tekstur dan warna kurang lagi seminggu selepas kesanpembedahan kecil tempoh hari ke atas mereka, benar-benar telah sembuh.
Difahamkan kedua-dua mereka telah pergi ke klinik pakargigi yang sama dikunjungi oleh Claudia dan Aishah dulu. Waaah, makinpopular nampaknya tetapi harganya itu Murai Batu rasa bukanlah untukorang kebanyakan kita. Tapi tak tahulah kalau boleh buat bayaran instalment atau konsep main kutu!


Mungkinramai dah tahu tapi Murai Batu nak ulangi di sini bahawa Chaq atau namasebenarnya Camellus De'lelli Anam, 20, adalah abang kepada juara AF6,Stacy. Apa yang menarik, ketika sesi latihan show majlis itu, Chaq yang handal menari telah membuat persembahan dengan penari-penari Korea yang lincah dan mendapat pujian.


Hai, patutlah nampak senyuman Ajai dan Chaq makin berseri sebab gigi lama yang agak kureng sedikit dah makin cantik. Maklumlah artiskatakan, jadi kenalah jaga senyuman agar berseri-seri, lagi pun gigijuga sangat penting untuk kita makan dengan lebih sempurna. MuraiBatu perhatikan Chaq pun makin popular dan imejnya ada nilai komersialmacam adiknya, Stacy.


Zoom Admin: Teringat gigi emas palsu jiran nenek dulu yang hilang. Ingatkan kerja Ratatouille, rupanya... kena cilok dek pencuri. Hah, hantar pajak gadai le tu!