Ogos 15, 2009

(Celebrity News ) Ajai Dan Liza Sah "Suami Isteri" !!




ETALING JAYA: Komposer dan penyanyi, Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas, hari ini selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya Norliza Ilyas, yang merupakan bekas pegawai kanan Maestro Talent Management.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Rujuk-Nikah Pejabat Agama Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Ustaz Hj Mansur dengan hanya sekali lafaz dari Ajai, kira-kira pukul 11 pagi tadi di Masjid Negeri Pulau Pinang.

Norliza diwalikan oleh bapanya, Ilyas Muhammad.

Mas kahwin bagi perkahwinan mereka adalah sebanyak RM 1001 manakala jumlah wang hantaran pula adalah RM 15 ribu.

Alhamdulillah,Dah selamat menjadi ikatan yang sah..Kalau tak sana sini orang gossipkan.Bro Ajai Ni dah selamat bernikah..Sis Nurul cari la yang sesuai sebab zoom banyak dengar sis ada kawan baru..Cepat2 lah suruh kawan tu hantar pinangan.
Apa-apa pun semoga berbahagia hingga ke akhir hayat bukan ke anak cucu :P