Mei 28, 2009

(Celebrity News) Gigi Rm 30K ...wahhhhh !!!!!!!!!


KL, 27 MEI 2009: Waaa, nampak gaya demam merawat dan mencantikkan gigi sudah menular dari Akademi Fantasia kepada Mentor pula.Apa tidaknya, selepas Claudia dan Aishah menjalani rawatan gigi yangcanggih sehingga mencecah RM30,000 (RM30K), sekarang tiba pula giliranAjai dan Protegenya, Chaq.


Zoom melihat sendiri barisan gigi kedua-dua mereka apabila berkunjung ke satu majlis makanmalam bertempat di Hotel Nikko, Kuala Lumpur baru-baru ini. Ajai & Chaq telah diundang oleh Korean Tour Agency(KTO - yang menaja Mawi & Ekin ke berbulan madu) bagi menyaksikanpelancaran kempen pelancongan EXPO 2010 - YOEOSU KOREA di situ.


Bagaimanapun, gigi yang dipakai sekarang masih lagi sementara dan akan digantikan dengan gigi yang lebih realdari segi tekstur dan warna kurang lagi seminggu selepas kesanpembedahan kecil tempoh hari ke atas mereka, benar-benar telah sembuh.
Difahamkan kedua-dua mereka telah pergi ke klinik pakargigi yang sama dikunjungi oleh Claudia dan Aishah dulu. Waaah, makinpopular nampaknya tetapi harganya itu Murai Batu rasa bukanlah untukorang kebanyakan kita. Tapi tak tahulah kalau boleh buat bayaran instalment atau konsep main kutu!


Mungkinramai dah tahu tapi Murai Batu nak ulangi di sini bahawa Chaq atau namasebenarnya Camellus De'lelli Anam, 20, adalah abang kepada juara AF6,Stacy. Apa yang menarik, ketika sesi latihan show majlis itu, Chaq yang handal menari telah membuat persembahan dengan penari-penari Korea yang lincah dan mendapat pujian.


Hai, patutlah nampak senyuman Ajai dan Chaq makin berseri sebab gigi lama yang agak kureng sedikit dah makin cantik. Maklumlah artiskatakan, jadi kenalah jaga senyuman agar berseri-seri, lagi pun gigijuga sangat penting untuk kita makan dengan lebih sempurna. MuraiBatu perhatikan Chaq pun makin popular dan imejnya ada nilai komersialmacam adiknya, Stacy.


Zoom Admin: Teringat gigi emas palsu jiran nenek dulu yang hilang. Ingatkan kerja Ratatouille, rupanya... kena cilok dek pencuri. Hah, hantar pajak gadai le tu!