Julai 18, 2009

(Gossip) Komen Ajai aibkan Jay Jay !!


Oleh Sakini Mohd Said
sakini@hmetro.com.my


Minggu lalu menyaksikan kejutan kemasukan protege yang dibimbing Ajai, Chaq selepas diumumkan tersingkir, tetapi dimasukkan semula untuk bertanding ke peringkat akhir bersama Fira (Lah VE) dan Black (Mas Idayu).

Tidak cukup dengan itu, Ajai pula tidak menghormati komen juri jemputan malam itu, Jay Jay yang mengkritik protegenya. Turut diundang sebagai juri jemputan malam itu ialah penyanyi Ning Baizura.

TUJUANNYA hanya satu, menerima tanggungjawab diamanah berlandas kejujuran tanpa mengira persahabatan yang terjalin dalam dunia muzik hiburan tempatan.

Malah, tidak sedikit pun terlintas di pemikirannya untuk memalukan rakannya itu di khalayak ramai. Ini kerana, apa dilakukan pelantun lagu Permaisuriku ini adalah berdasar skop kerja yang ditetapkan iaitu pemberian markah dan komen terhadap peserta bertanding secara rasional dan jitu.

Semuanya terjadi apabila Ajai membalas teguran ikhlas dilontarkan Jay Jay kepada protegenya, Chaq, selepas menyampaikan lagu Michael Jackson secara medley di konsert separuh akhir Mentor musim ketiga yang berlangsung di dewan MBSA, Ahad lalu.

Menurut Jay Jay, dari segi tarian, Chaq tiada masalah kerana sememangnya anak muda ini hebat di pentas beraksi pelbagai tarian dalam persembahan keduanya itu.

Namun, dari segi vokal menyanyikan lagu Michael Jackson, 'key' yang dibawa oleh Chaq sangat rendah dan sedikit sebanyak mempengaruhi kualiti persembahannya.

Ajai kelihatan tidak berpuas hati komen yang diberikan Jay Jay lantas menyampuk dengan menyatakan: "Saya arrange key itu sesuai dengan kemampuan vokal Chaq."

Malah, tanpa ada rasa sopan dan hormat, Ajai secara selamba memalukan juri itu di khalayak ramai dengan menyatakan: "Takkan saya nak pakai baju abang."

Zoom Comment : Sepatutnya Ajai Patut Hormat sedikit kat Otai Jay Jay,Sebab Setahu Zoom Jay Jay NI Lagie Banyak Pengalaman Dari Ajai..Apa Pandangan KOrang mengenai Gossip ni ? walaupun telah lapuk..namun ini boleh menjadi pengajaran kepada Mentor atau program realiti Lain di hari kemudian.