Julai 18, 2009

(Gossip) Siapa Top 6 ... Dalam Botol?

Tak Habis2 lagie cite Bab Anu dalam Botol ni!! HAri tu bab tajuk Anu dalam botol now dah tukar ke .....Dalam BOtol.

Sekarang NI terbitan Raja Azmi Raja Sulaiman yang mempunyai judul kontroversi iaitu Anu Dalam Botol khabarnya belum lagi menemui calon yang benar-benar sesuai untuk memegang dua watak utama filem itu iaitu watak Ruby dan Ghaus.

Khabarnya antara pelakon yang mempunyai potensi besar ialah Zizan Nin, Arja Lee, Kefli (AF3) dan Ryzal bagi watak Ruby, iaitu seorang lelaki yang bertukar perempuan. Sementara, Norman Hakim, Tony Eusoff, Fauzi Nawawi, Nazim Osman dan Wan Raja pula berpeluang memegang watak Ghaus sebagai pasangan kepada Ruby.

Itu senarai yang diperoleh daripada sesi uji bakat sebelum ini, namun daripada senarai tersebut, menurut Raja Azmi hanya enam orang sahaja yang akan terpilih.

Bagaimanapun nasib enam pelakon yang terpilih itu nanti masih di awang-awangan apabila nama mereka akan diundi oleh orang ramai bagi menentukan siapa yang bakal berlakon dalam filem tersebut.

Siapa yang paling banyak mendapat undian, secara automatik pelakon itu akan memperoleh dua watak utama tersebut. Tidak ubah seperti program realiti TV lakonan seperti Pentas Wayang dan Pilih Kasih pula.


Zoom Comment : Tak tau la kalau ada undi SMS pulak :P,NI 1st time aku dengar public buat undian memilih pelakon.. "Lucu Tapi Benar" , "Program Reality Mencari Pelakon".Sama2lah kita tunggu dan lihat sapakah pelakon yang bertuah itu..Adakah jejaka kat bawah ni ?