Apa nak jadi dengan Radhi OAG ni, dah kali ke 5 tertangguh kes penceraiannya dengan isteri.Kesian kat isteri,hakim dan orang-orang yang berkaitan dengan kes penceraiannya.!! APa pun Jum zoom "statement" Radhi dan orang-orang yang berkaitan kes penceraian Radhi OAG dan isteri !!!
Baca Selanjutnya
Ketika prosiding baru bermula, Shazlin memaklumkan kepada Peguam Syarie, Rubiah Jaafar yang mewakilinya bahawa Radhi sedang dalam perjalanan ke mahkamah.
Berikutan itu, Rubiah memohon mahkamah menangguhkan prosiding hari ini ke satu tarikh lain dan waran tangkap yang dimohon pada prosiding terdahulu dilanjutkan.
Hakim Syarie, Ghazali Ahmad menangguhkan ke 18 Januari depan pada jam 2.30 petang dan waran tangkap dilanjutkan.
Rubiah ketika ditemui berkata, waran tangkap tetap diteruskan kerana dia gagal hadir ke mahkamah.
"Waran tangkap diteruskan kerana dia gagal hadir. Dia kata 'on the way'. Dahulu pun dia kata 'on the way'. Kami tidak menunggu dia," katanya.
Rubiah berkata, waran tangkap terhadap Radhi boleh diteruskan sekiranya dia datang ke mahkamah hari ini.
Sementara itu, Shazlin enggan memberi sebarang komen dan terus meninggalkan perkarangan mahkamah.
Lima minit kemudian, Radhi memasuki kawasan mahkamah sebelum diberitahu wartawan bahawa prosiding telah berakhir.
Dalam keadaan terpinga-pinga, Radhi berkata dia memberitahu Shazlin bahawa dia sedang dalam perjalanan ke mahkamah.
"Bila melintasi depan mahkamah, saya terima mesej khidmat pesanan ringkasnya memberitahu 'You don't need to come anymore'," katanya sambil menambah dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Ditanya sama ada Shazlin sengaja memohon mahkamah menangguhkan prosiding untuk menggambarkan keburukannya, Radhi secara berseloroh mengakui bahawa dia memang selalu datang lambat.
"Orang ramai pun tahu saya memang kaki lambat. Rock star mesti datang lambat."
Radhi juga memberitahu, polis telah datang ke rumahnya untuk melaksanakan waran tangkap semalam.
"Saya minta maaflah kalau datang lambat. Saya memang datang lambat sebab kerja buat muzik. Saya balik dari studio pada pukul 7 pagi. Kemudian saya balik dan mandi di rumah di Kota Damansara.
"Saya pun nak selesaikan kes ini dengan cepat kerana saya nak bersih untuk tahun 2010. Sekarang saya nak keluarkan album dan lagu baru. Jadi, saya tak nak orang lain lihat saya banyak masalah," akui Radhi.
Sejurus itu, Radhi kelihatan memasuki mahkamah untuk memohon waran tangkap terhadapnya dibatalkan.
Ini kerana katanya, dia perlu berlepas ke China pada 10 Disember ini untuk mempromosikan produk syarikatnya.
Selepas berjumpa dengan kakitangan mahkamah, Radhi menjelaskan kepada wartawan bahawa dia perlu menghubungi Rubiah untuk mempercepatkan perbicaraan atau berjumpa dengan Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
"Saya memohon sekiranya boleh, janganlah tangkap saya kerana saya kena ke luar negara. Saya akan mengambil inisiatif menghubungi mereka. Rugilah kalau saya tak ambil peduli," katanya.
Zoom: APa kata anda mengenai kes penceraian RAdhi dan Isterinya ini !!?