MEMILIKI seraut wajah jelita dan pakej yang dianggap sempurna, Fouziah Gous, 27, pantas mencuri perhatian di kalangan penggiat seni dan peminat hiburan tempatan. Siapa menduga, di sebalik penyertaan ke bidang seni secara kebetulan, gadis pembuka kotak program Roda Impian ini makin bersinar.
Baca Selanjutnya
Malah di awal kemunculannya, Pelakon Harapan Wanita Popular (Anugerah Shine Pantene) di Anugerah Skrin 2007 (ASK2007) ini hanya memilih bidang yang dicintainya kini secara sambilan. Namun, lama-kelamaan timbul minat yang mendalam hingga dia nekad meninggalkan kerjaya sebagai pramugari Penerbangan Malaysia (MAS).
zOOM kOMEN: walaupun hanya sekadar mencuba nasib sebagai gadis pembuka Kotak dalam 'Roda Impian",mungkin kerana pakej yang ada pada gadis ini, terutamanya senyuman yang menawan serta paras rupa tentu akan membuatkan sesetengah pengarah atau penerbit terpikat.
Perjalanan Artis ini menarik juga kalau anda mengikuti perkembangannya, dari seorang Pramugari Mas ke Gadis Pembuka Kotak Roda Impian, Dan Yang terbaru sebagai Pelakon sepenuh masa !!!!
Apa kata anda mengenai gadis tinggi lampai ini !!!