Entah apa yang terjadi menyebabkan pasangan yang sebelum ini heboh ingin melangsungkan perkahwinan akhirnya akur dengan takdir mereka tidak jadi berkahwin.Ikuti luahan bekas anak didik Akademi fatasia 2 ini mengenai kisah perkahwinan yang tidak menjadi.
PETALING JAYA: Bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zarina Zainoordin, 26, yang sepatutnya naik pelamin hujung tahun lalu mengesahkan telah putus cinta hampir tujuh bulan lalu.
Zarina yang dihubungi mStar Online berkata, hubungannya dengan bekas gitaris sebuah kumpulan muzik itu tidak dapat diteruskan gara-gara tiada keserasian selepas kira-kira tiga tahun bercinta.
“Kami tak serasi. Selepas tiga tahun berkawan nampaknya hubungan untuk ke arah yang lebih serius tidak dapat diteruskan,” katanya.
Pada tahun lalu Zarina membayangkan akan berkahwin dengan ahli muzik itu yang di jadual pada bulan Disember tahun lalu.
Mengikut perancangan awal, majlis pernikahan mereka akan dilakukan serentak dengan majlis bertunang.