Jun 08, 2010

(News) Nizar Tidak Sanggup Lama Di Israel !!

Inilah kata-kata ahli Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria ang mengikuti misi bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan kapal MV Rachel Corrie yang ditawan tentera Israel Sabtu lepas.


Ikuti luahan beliau mengenai keadaan di Gaza yang pastinya menyayat hati anda di Malaysia :-



"Sepanjang perjalanan ke penjara, saya melihat bagaimana kampung-kampung disekat dengan tembok-tembok yang dibina supaya tiada hubungan antara mereka," katanya kepada media ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini malam semalam sebaik tiba bersama lima lagi sukarelawan Malaysia yang turut serta dalam misi bantuan kemanusiaan itu.
"Penduduknya pula masih tinggal di rumah-rumah yang runtuh. Bagaimana mereka terutama anak-anak boleh dibiarkan hidup sebegitu. Ia tak ubah seperti reban ayam," tambahnya.
"Sikit lagi kami akan masuk ke Gaza. Kami sudah tiba di tahap 35 batu nautika, sikit lagi. Penduduk Gaza tentu hampa. Mereka menunggu, kerana mereka tahu kedatangan kami," katanya penuh kecewa.
Katanya pihak Israel juga mahu beliau dan rakan-rakan menandatangani suatu "pengakuan" yang ditulis di dalam bahasa ibunda Israel, bahasa yang tentunya tidak difahami oleh sukarelawan.
"Kami kata tidak mahu, kerana kami hanya ingin menghantar bantuan ke Gaza, kami bukan mahu ke Israel kerana negara kami tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara anda (Israel), anda yang bawa kami ke sini (Israel)," katanya.
"Saya amat berharap rakyat Palestin dapat hidup sebagaimana rakyat Malaysia satu hari nanti," tambahnya. - BERNAMA

Zoom: Apa yang anda boleh buat ?? Berdoa semoga ISRAEL akan ditimpa BENCANA !!