Watie Sadali, nama sebenarnya Norwati Sadali, 33, pelakon yang terkenal dengan drama di televisyen sering kali kelihatan gedik dan suka membuli. Misalnya watak itu terkesan menerusi beberapa buah drama lakonannya seperti 'Rahsia Hati', 'Gelora Di Hati Sara' dan terbaru 'Sanggar Cinta Raudhah'.
Menurutnya, ikutkan dia bukanlah seorang yang gedik seperti digambarkan dalam drama-drama tersebut. Jadi, tidak mustahil dia sanggup belajar untuk menggedik misalnya disebabkan mahu betul-betul menjiwai watak seorang yang gedik itu.
"Saya bukan perempuan gedik. Jadi saya banyak tonton filem yang memaparkan wanita gedik seperti filem 'Confessions of A Shopaholic' yang menampilkan watak utama Rebecca lakonan Isla Fisher. Saya cuba belajar cara-cara untuk menggedik kerana gedik bukan diri saya dalam dunia realiti.
Baca Selanjutnya
Jadi, saya tak nafikan yang ada juga peminat tidak sabar untuk menunggu cerita-cerita lakonan saya kerana faktor gedik dan suka membuli itu. Misalnya, ada peminat yang membuat teka-teki di FaceBook mengenai apa yang akan dilakukan oleh watak lakonan saya, Tengku Marina selepas ini," kata Watie.
Sekarang, Watie sedang menjalani penggambaran drama 'Gelora Di Hati Sara 2' terbitan syarikat produksi aktor dan produser Rosyam Nor, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.
Apa kata anda ?