Disember 06, 2009

(Cerita Artis)Ana anggap ABP platform untuk lebih dikenali



Ana Raffali merupakan pendatang baru yang tersenarai dalam pencalonan awal Anugerah Bintang Popular berasa teruja dan terkejut dengan penghargaan tersebut. Kemeriahan dan debaran Anugerah Bintang Popular 2009 kebiasaannya lebih dirasai oleh sebahagian artis muda terutama yang baru pertama kali dicalonkan dalam anugerah terbabit. Rata-rata calon baru yang ditemui berasakan, ibarat medan terbaik untuk mereka meneruskan langkah lebih cemerlang dalam industri hiburan tempatan.



Baca Selanjutnya


"Semasa diberitahu tentang pencalonan ini, saya berasa terkejut dan gembira. Ini merupakan satu platform untuk lebih dikenali di dalam industri ini. Saya masih begitu baru dalam bidang ini dan tentunya calon yang bakal bersaing dalam kategori artis baru bersama saya adalah hebat-hebat. Dicalonkan pada peringkat awal ini sudah cukup membanggakan,"
ujarnya yang sedang mempromosikan single terbarunya 'Hujan Bunga Di Kuala Lumpur'.

Ana yang baru menamatkan pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) tekad menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kerjaya seni kerana minat yang mendalam dalam menulis lagu dan menyanyi.