Disember 06, 2009

(Gossip) Remy Ishak Kena Belasah Di Istana Budaya


INi gossip sebelumnya, scandal dengan x Orang. sekarang nie kena belasah pulak..

Teruk juga Remy ni kena belasah oleh sekumpulan lelaki di Istana Budaya Semalam, motof belum dapat dipastikan tetapi ada ura-ura Remy ni dah belasah seseorang rakan kumpulan yang menyerangnya.Gambar kena belasah tak ada lagi nanti kalau ada zoom upload untuk anda..!!! Jum Zoom "Statement" mengenai kes belasah Remy ni..!!!!



Baca Selanjutnya


KUALA LUMPUR - Seorang pelakon popular, Remy Ishak (gambar) cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan kira-kira tujuh lelaki di perkarangan Istana Budaya (IB) di sini malam kelmarin.
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 27, yang memegang watak Mansur Adabi dalam teater Natrah dipercayai diserang kumpulan lelaki terbabit ketika dia berehat di sebuah bilik selepas sesi pertama pementasan teater tersebut.
Berikutan kejadian, dia yang turut membintangi drama bersiri populer Nur Kasih mengalami cedera di kaki dan kepala.

Menurut sumber, mangsa pada mulanya diekori oleh lelaki terbabit sehingga ke bilik persalinan sebelum dikepung di satu penjuru bilik tersebut.
"Lima daripada lelaki terbabit telah mengepung mangsa manakala dua lagi bertindak dengan memukul beliau. Mangsa mengalami bengkak di muka dan kaki selepas dibelasah," kata sumber tersebut.