Memaparkan catatan dengan label Latif Ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Latif Ibrahim. Papar semua catatan

Disember 21, 2011

Latif Ibrahim Kritikal di Institut Jantung Negara (IJN)

KUALA LUMPUR: Penyanyi veteran Abd. Latif Ibrahim atau Latif Ibrahim, 61, dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada Ahad lalu akibat serangan sakit jantung.
Penyanyi yang juga adiknya, Datuk Khatijah Ibrahim berkata Latif kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

"Dia dimasukkan ke CCU selepas muntah-muntah dan kini keadaannya agak kritikal.

 ZoOM : Ini berita yang ZoOM baca di Mstar Online mengenai artis veteran kita (Abd Latif Ibrahim) yang dikhabarkan dalam keadaan kritikal. Sama-samalah kita berdoa semoga beliau kuat dan tabah menghadapi penyakit beliau.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Disember 19, 2009

(Filem) Sinopsis Pulau Asmara


Pengarah : Uttam Kumar Thangiah
Pelakon : Faizal AF4 , Azie Shah , Latif Ibrahim, Aziz Singah
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Romantik
Tarikh Tayangan : 17 Disember 2009



Sinopsis:

Sebuah kisah tentang tiga pemuda, Taufik, Jeffri dan Sam, yang membuat keputusan untuk bercuti di sebuah pulau yang terkenal di Malaysia, Pulau Langkawi. Taufik, seorang pemuda yang konservatif dan Jeffri terkenal dengan sifat playboy manakala Sam pula seorang yang suka melawak. Ketiga-tiganya memiliki keperibadian berbeza namun tidak menghalang ikatan persahabatan mereka. Percutian mereka dirancang dengan begitu sempurna dan segalanya berjalan dengan lancar.


Baca Selanjutnya

Namun kesempurnaan percutian mereka berakhir, apabila takdir menemukan mereka dengan tiga gadis iaitu Lina, Amy dan Sofea. Bukan hanya setakat percutian, malah pertemuan mereka turut mengubah takdir kehidupan mereka selamanya. Satu persatu konflik timbul antara mereka dan persoalan demi persoalan merungkai kepada pelbagai rahsia yang tidak pernah Sam, Taufik dan Jeffri bayangkan akan terjadi dalam hidup mereka. Mampukah mereka menghadapi takdir mereka dan mencari jalan keluar? Atau takdir apakah yang seterusnya menanti mereka di pulau tersebut?



September 25, 2009

(Artis Raya) Kasih Sayang Tiga Adik Beradik Menyambut Raya Tanpa Ayah Dan Ibu Tercinta !!

Hubungan Sophia ( Kiri), Latif (Tengah), dan Khaty (Kanan) Sangat Mesra Khususnya selepas kehilangan Ayah dan Ibu

Walaupun tanpa Ayah dan ibu dihari raya ini namun ikatan kekeluargaan diantara tiga artis adik beradik ini tetap kukuh bersama.Walaupun sibuk dengan kerja seharian sebagai artis,masa yang terluang semasa raya adalah masa yang sesuai untuk bertemu dan bermaaf-maafan diantara adik beradik ini..!!!