Memaparkan catatan dengan label Aliff Aziz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aliff Aziz. Papar semua catatan

Mei 10, 2012

Berita Artis : Aliff Aziz Belum Sedia Tukar Kerakyatan

PETALING JAYA: Penyanyi Aliff Aziz mengakui dia belum bersedia untuk menjadi penduduk tetap negara ini walaupun banyak menghabiskan masa di Kuala Lumpur bagi urusan kerjaya nyanyiannya.

Aliff yang merupakan warganegara Singapura itu berkata, dia baru sahaja menetap di Kuala Lumpur sejak Januari lalu dan ingin melihat kemampuannya untuk bertahan dalam industri hiburan tempatan.

"Rasanya masih awal lagi untuk saya membuat permohonan bagi menjadi penduduk tetap di Malaysia. Tambahan pula belum sampai setahun lagi saya menetap di Kuala Lumpur.

"Umur saya pula baru saja 21 tahun dan saya belum bersedia untuk menukar kerakyatan saya. Setakat ini saya hanya berulang alik dari Kuala Lumpur ke Singapura tiga bulan sekali," katanya selepas pelancaran album ketiganya berjudul Aliff Aziz.

Februari 15, 2012

Aliff Aziz Mengaku Teman Tapi Mesra Dengan Anne Ngasri

Setelah beberapa lama berada dilaman gossip, akhirnya empunya diri tampil menjawap isu dan gossip yang menimpanya. Jika dulu kita hanya membaca tulisan penulis blog dan majalah tetapi kini pengakuan daripada Aliff daripada seberang ini mengiakan mereka memang teman tapi mesra :). Dan berikut beberapa jawapan beliau mengenai kisah perhubungan mereka.
“Saya akui rapat dengannya (Anne). Dia sangat baik dan mengambil berat terhadap saya. Sejak pindah ke Kuala Lumpur, saya tinggal bersendirian. Selain pekerja di Sony Music, Anne dan keluarganya yang mengisi kesunyian dan membantu saya menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di sini. 

“Sikapnya yang banyak membantu dan memberi dorongan kepada saya untuk fokus dan bekerja keras menyebabkan saya selesa,” katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Februari 10, 2012

Gossip Twitter Zarina Anjoulie Mengatakan Aliff Aziz Buat Sesuatu !!

 Ini adalah gambar yang diambil sebelum Tweet panas dan konterversi dalam Twitter Zarina Anjoulie ni,dia ni kalau tak ada gossip panas memang tak sah, terbaru mengenai sesuatu yang dilakukan oleh Alif Aziz kepada Zarina sehinggakan Tweet menggunakan ayat-ayat yang tidak sepatutnya rakyat Malaysia tahu.


Namun kini ia telah menjadi sensai kerana melibatkan seorang artis yang tengah naik yakni Aliff Aziz, dan daripada ayat-ayat di akaun Twitter Zarina menunjukkan ada yang tidak kena dengan pasangan ini.Tengok gambar pun dah tau macam ada something je diantara Zarina dan Aliff ni.Apa-apa pun tengok lah gambar dan Tweet dari akaun artis ini yang sempat ZoOM jumpa di laman forum terkenal di Malaysia.

September 09, 2009

(Gossip) Alif Aziz Menyesal Penyebaran Gambar Panas !!!

Aliff sedar kesilapan itu telah menjejaskan imejnya dan redha
dengan segala kritikan dan tohmahan yang dilemparkan























"Saya akui telah lakukan kesilapan besar itu di Singapura. Sejujurnya, saya amat menyesal dan berharap semua yang tersinggung dapat memaafkan saya," luah penyanyi Aliff Aziz dan nada kesal berhubung isu gambar 'panas' yang sedang tersebar di internet.

Gambar yang mempamerkan aksi Aliff bercium dengan seorang perempuan yang dikatakan di sebuah kelab itu kini hangat diperbincangkan di dalam forum dan blog-blog di internet.

Menurut penyanyi kelahiran Singapura ini, dia sedar kesilapan itu telah menjejaskan imejnya tatkala dirinya sedang mengukir nama di persada seni dan terpaksa redha dengan segala kritikan dan tohmahan yang dilemparkan.

"Sukar untuk saya gambarkan betapa menyesalnya saya dengan perkara ini. Saya pun baru saja tahu tentang penyebaran gambar itu di internet.

"Saya manusia biasa dan saya memang tidak terlepas dengan kesalahan. Tetapi macam mana pun, itu bukan satu 'escape' untuk saya 'lepaskan' diri.

"Saya bertanggungjawab dengan apa yang tersebar itu. Benda dah terjadi, jadi saya kena tanggung akibatnya. Ibubapa saya juga amat sedih bila dapat tahu tentang perkara ini.

"Sebab itulah saya tidak mahu menjelaskan dengan terperinci tentang hal ini. Apa yang boleh saya katakan, saya sangat menyesal dengan apa yang berlaku dan ini adalah satu pengajaran kepada saya supaya menjadi lebih matang," kata Aliff yang kini berada di Kuala Lumpur untuk aktiviti promosi dan sesi fotografi.
Ditanya bilakah insiden itu berlaku, dalam nada perlahan, penyanyi berusia 18 tahun ini akui ia adalah gambar-gambar lama.

Bagaimanapun dia enggan mengulas lanjut sama ada insiden tersebut berlaku ketika dia masih berada di bawah umur.

"Saya tak mahu ulas tentang itu," ujar penyanyi yang melonjak namanya menerusi lagu Sayang Sayang.
Aliff juga enggan mengulas lanjut siapakah perempuan di dalam gambar itu.

"Seperti yang saya katakan tadi, tak perlulah saya terangkan lebih-lebih. Saya sendiri tidak ingat bila gambar itu diambil dan saya juga tidak berapa pasti siapa perempuan itu kerana kami berada di sana di dalam satu kumpulan.

"Dan saya tidak tahu apa niat orang yang menyebarkan gambar itu. Saya tidak mahu cakap sama ada ini adalah sabotaj atau tidak kerana apapun, saya akui itu adalah silap saya.

"Maafkanlah kesilapan saya dan saya cukup berharap peminat-peminat akan terus menyokong karier saya. Buat masa ini, saya dah tak tahu apa lagi yang boleh saya buat selain meminta maaf kepada semua," kata Aliff yang tidak mahu mengulas di mana insiden itu berlaku.

Apa-apa la Aliff berani buat berani tanggung,semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran di masa depan. Awak tu artis semua nampak apa awak buat.Bukan untuk Aliff jer artis-artis kat luar malahan awek2 dan jejaka2 kat malaysia. Beware..!!!!

(Gossip) (Panas) Aliff Aziz kantoi bercium dengan gadis berbulu

Iskk...Iskkk BUlan-bulan puasa ni la si Aliff Aziz Artis Singapura ni kantoi kiss dengan perempuan yang berbulu lebat ni,Tapi u alls perasaan tak nampak perempuan ni macam berusia sikit dari Aliff aziz..Di kat dalam Pub kot..!!!

Ramai lagie awek2 kat luar tuee,Awek berbulu lebat ni juga yang dia pilih :P apa2 la Aliff asal ko bahagia..!!! Apa KOmen U alls ?




Credit : Oh Artis..