Memaparkan catatan dengan label AirAsia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AirAsia. Papar semua catatan

April 11, 2011

Gossip Pramugari Air Asia Kekasih Baru Wafi Ex Husband Anne Ngasri

Untuk pengetahuan anda gambar ini ZoOM jumpa daripada laman forum yang memang sudah terkenal di Malaysia, malahan ada beberapa blog yang dikatakan sudah menggunakan gambar ini yang diambil daripada blog Nara. Sudah menjadi lumrah populariti yang kini sudah sebati dalam hidup Wafi sehinggakan beliau turut menjadi perhatian khalayak ramai.

Namun persoalannya betulkan gambar ini adalah kekasih Wafi atau ia sekadar gossip panas yang melanda hidup beliau setelah tidak lagi mempunyai hubungan dengan Anne Ngasri. Bekas peserta program Sehati Berdansa ini dikatakan sedang bercinta dengan seorang gadis bernama Shasha Aziz yang berumur 20 tahun dan sedang bertugas sebagai pramugari.

Oktober 22, 2009

(Video) Iklan Lucah Terbaru AirAsia – Sesuai Ke ??


Korang dah tengok kan iklan ni? Apa pendapat korang tentang iklan terbaru ni? Nampaknya mereka lebih mengutamakan dada dan punggung pramugari AirAsia yang seksi daripada servis penerbangan mereka. Kalau tak silap aku, iklan ini telah diarahkan oleh arwah Yasmin Ahmad. Apa pun layan la video kat bawah ni...



Baca Selanjutnya



September 11, 2009

(Celebrity News) Raihan Di Terbangkan AirAsia Ke London !!!




PENERBANGAN Raihan ke London bukanlah kali pertama kerana kumpulan nasyid ini telah tujuh kali mengadakan persembahan di sana termasuk di Royal Albert Hall pada Mac 2008.
Namun, jika diterbangkan ke luar negara oleh AirAsia, Raihan merupakan artis pertama.
Mulai raya keempat nanti, Raihan akan diterbangkan ke London untuk menjayakan Konsert ‘Eid Celebration di London’ anjuran Leicester Centre.

Seperti yang dijadualkan, Raihan akan mengadakan persembahan di Leicester Hall selama tiga malam berturut-turut dengan menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab seperti ‘Assolatuwassalam’, ‘Asmaul Husna’, ‘Thank You Allah’, ‘Allahu’, 'Puji-Pujian', 'Syukur’, ‘Your Face Is Bright’, dan ‘Rakan Selawat’.

Aktiviti Raihan selama enam hari di sana tidak tertumpu setakat konsert sahaja malah mereka akan terlibat dengan tazkirah, temubual dengan media di sana dan bertemu dengan pelajar Malaysia di sana dalam sebuah majlis khas.
Dimaklumkan Raihan mendapat penajaan ini atas bantuan Pembantu Khas kepada Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Edd Razhe memandangkan mereka mengenali rapat sejak bekerjasama di bawah label Warner Music Malaysia sebelum ini.

“Raihan merupakan artis pertama Malaysia yang diterbangkan khas ke London selama enam hari mulai 23 hingga 28 September ini sebab dulu kumpulan ini pernah bersama Warner Music.
Saya berbangga untuk Raihan. AirAsia akan menawarkan kelas business untuk Raihan, ahli muzik, wakil media dan wakil syarikat AirAsia yang akan mengiringi mereka di sana berjumlah 15 orang semuanya.
Zoom Komen: Bertuahnya Jadi Artis ni,Boleh terbang Free, Makan Free, Tidur Hotel Free, Pergi Overseasss Free, awek Free Pun Boleh kalau Dia Memang Kaki Awek...Tapi Jangan Nanti Pak Kopiah Marah..!!! Zoom tau sebab kawan Zoom Dulu Ada Jumpa Artis ni..Itu Masa zoom belajar kat sarawak. Artis tu siap amik bebudak "U" Gi Jalan2 lepas Show Habis..!!! Malas nak sebut nama tapi artis lelaki tu memang top jugak laa... Ook allss Nak prepare Untuk Office pulak..Kejap Lagie nak Balik.. !!! Selamat Berbuka Puasa ....Baca Doa sebelum makan dulu,Basuh tangan Sebelum makan ..Ingatttlaaahhh Yang Atas tu...Bukan Tersayang.. :)