Julai 12, 2012

Berita:Masjid dan Surau di Selangor Akan Dapat Wifi Percuma

Berita baik untuk rakyat negeri Selangor. Dalam perbahasan di Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini, Kerajaan Negeri sedang meneliti untuk memastikan semua masjid dan surau di Selangor mendapat kemudahan wifi percuma.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata inisiatif itu diambil sebagai langkah untuk rakyat celik komputer dan informasi negeri dapat disampaikan.
“Cadangan itu sedang diteliti pada masa kini dan akan diumumkan kelak,” katanya ketika sesi penggulungan di Sidang Dewan Negeri.

Selain itu, katanya, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukkan tambahan sebanyak RM5 juta untuk memastikan pelebaran jalur internet lebih cepat dari yang dijangkakan.

“Ini meliputi kawasan bandar dan luar bandar untuk pastikan ia dapat dilaksanakan,” katanya.

Tambah Rodziah, Kerajaan Negeri telah membuat dasar untuk menentukan kawasan pemasangan Wifi mengikut keperluan dan kriteria.


Antaranya kawasan tarikan perlancongan, komersial, pejabat kerajaan, medan selera di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kawasan riadah, hub pengangkutan dan Kolej.

“Bagi Fasa 1, kita telah lancarkan di Dataran Shah Alam, PKNS, medan selera Seksyen 2, 3 dan 9, Shah Alam selain Kuala Kubu Bahru dan Dun Permatang serta lain-lain lagi,” katanya

<sumber>

ZoOM: Kalau duduk dekat Surau/Masjid sure dapat guna Wifi Free :P
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!