Gambar Lama Tau !!
Nak buat macam mana nasi dah menjadi bubur, dan semoga Mamat dan Fida mengambil iktibar dengan apa yang telah terjadi sebelum ini.
Dan berikut beberapa ayat yang keluar daripada mulut Mamat mengenai kisah ini :
"Alhamdulillahlah semua persengketaan sebelum ini telah kembali jernih seperti sedia kala dan hubungan kami berada di tahap baik ketika ini," ujarnya kepada mStar Online.
"Dia berhak berasa marah dengan apa juga yang berlaku sebelum ini tetapi kini semuanya telah tinggal sejarah dan kami masing-masing telah bercakap dari hati ke hati mengenai kejadian tersebut dan menyelesaikannya dengan baik.
"Kini hubungan kami lebih baik daripada sebelum ini dan biarlah hanya saya dan dia yang mengetahui apa yang berlaku," katanya. (OPSS !!! apa yer :) boleh kongsi tak ?? )
"Jadi sudah sampai masanya saya perlu menumpukan perhatian kepada satu perkara buat masa ini iaitu kerjaya kerana ia lebih penting daripada perkara lain," ujarnya.
Sementara itu, ditanya adakah dia dan Fida akan kembali bercinta memandangkan hubungan baik mereka ketika ini, Mamat berkata jika jodoh di antara mereka masih kuat dia tidak menolak kemungkinan itu.
"Sebelum kejadian gambar tu hati kami memang saling terpikat antara satu sama lain, dan bagi saya sendiri sehingga sekarang rasa terpikat itu masih ada cuma keadaan kini telah berbeza.
"Namun kalau memang jodoh saya dengan dia siapa saya untuk menolak," ujarnya.
ZoOM : Insyallah kalau ada jodoh :)
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis