Sekadar Hiasan
Bukan apa, mereka ini sudah buat sehabis mampu untuk meletakkan nama mereka sebaris selebriti popular dan sedang menikmati waktu kegemilangan mereka.
Macam seorang pelakon jelita ini, sekian lama berada di layar seni, namun jelas namanya belum cukup kukuh walaupun lakonannya SS akui bagus dan berkesan.
Sama ada hal ini disebabkan dirinya yang tidak habis-habis dihambat kontroversi atau pun kerana dia memang tidak menjadi pilihan produser, tetapi SS puji dengan kesungguhannya terus menjual bakat walaupun namanya masih belum hebat di persada.
Tapi yang SS tak berkenan, apabila seorang teman memaklumkan satu berita yang tidak kurang agak memanaskan telinga juga berkenaan pelakon ini.
Katanya, sewaktu berkunjung ke satu pusat hiburan di sebuah negeri di utara, dia terserempak dengan aktres berkenaan sedang bersuka ria dan tidak ketinggalan menggenggam minuman keras di tangannya.
Mulanya dia biarkan saja kerana tidak mahu menjaga tepi kain, namun tiba-tiba ketika berada di bar, pelakon berkenaan datang kepadanya dan menghulurkan salam perkenalan.
Mungkin terpikat dengan rupa teman SS yang kacak itu, pelakon terbabit mula mengajaknya berbual dan sempat menanyakan teman SS tadi sama ada dia mengenali pelakon itu atau tidak.
Teman SS pun buat-buatlah tak kenal dan mereka mula berbual rancak sebelum pelakon berkenaan menyatakan dia sedang menjalani penggambaran di situ.
Teman SS pun layankan sajalah namun tiba-tiba si pelakon tadi bertindak luar batasan dengan mengajaknya datang ke bilik hotelnya pada malam itu.
Tersentak dengan ajakan itu, teman SS pun cuba mencari helah untuk melarikan dirinya daripada pelakon berkenaan dan tidak mahu berputus asa, pelakon itu kemudian menghulurkan nombor biliknya.
Akhirnya teman SS berjaya juga melepaskan diri daripada pelakon tadi dan bersyukur kerana masih waras untuk menepis godaan nafsu dengan tidak menghiraukan perbuatan pelakon tadi.
SS nasihatkan kepada pelakon itu, janganlah menggunakan status selebriti itu untuk memancing ‘mangsa’ kerana bukan semua manusia mudah tergugat imannya.
Info :Hmetro Online
ZoOM : Siapalah betina yang kemaruk nak melakukan S*** tu memang bertuah sunggu dan tak tau salah dan betul. Kalau dah teguk arak macam tu lah jadinya, kalau dia nak...dia buat je. Memang pelakon murahan sana sini melakukan maksiat, dia fikir hanya kesenangan hidup didunia je, kepada pelakon tersebut bertaubatlah sebelym terlambat.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis