April 11, 2011

Mentor 5 : Gossip Salma Sudah Mempunyai Anak !!

Kesian itu je yang ingin ZoOM berkongsi bersama anda di ZoOMartis @ Facebook, baru ingin mencapai cita-cita yang selama ini beliau inginkan ada pula yang sengaja atau cuba mencari kelemahan beliau. Mana tidaknya jika sebelum ini manusia diluar sana tidak mempedulikan status Salma.

Namun setelah kehadiran beliau dalam program Mentor musim ke 5 kali ini, ramai mata dan tangan diluar sana memperkatakan dan berkongsi dengan pembaca. Bukan hanya Salma tetapi sesiapa sahaja yang diambang kejayaan pasti akan ada sahaja yang membuatkan mereka terkejut dan terpaksa menjawap 1001 soalan daripada pihak yang memberi soalan.

Dan terbaru Salma sudah pasti terkedu apabila ditanya mengenai soalan beliau adalah ibu tunggal kepada seorang anak. Dan berikut jawapan beliau mengenai gossip terbaru ini :


“Selepas habis Mentor baru saya akan menjelaskan tentang perkara ini. Bagi mereka yang mengetahui tentang status saya, biarkan sahaja.
“Saya takut kenyataan saya nanti akan mengganggu fikiran,” kata wanita berasal dari Tawau, Sabah ini.
 
Tambahnya: “Saya masih mempunyai keluarga di kampung dan banyak hati yang perlu dijaga.”
Pada konsert kedua kumpulan B itu, Salma menduduki tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 157 di mana pada konsert pertama dia mendapat 80 peratus dan konsert kedua 77 peratus.
 
Malah antara enam peserta yang bertanding dalam program tersebut, Salma turut mendapat markah paling tinggi setakat ini dan dijangka menjuarai Mentor 5 jika dinilai berdasarkan kepada undian yang diterima.

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!