November 09, 2010

Zain Saidin MenafikanBeliau Bercinta Dengan Rozita Che Wan

Siapalah gadis yang dikatakan oleh akhbar hiburan pada ahad minggu lepas, sebab empunya diri sudah menafikan gossip beliau dengan RCW.


Berikut ZoOm copy dan paste "Statement" jejaka yang tengah naik ni di akhbar Mstar hari ini.



“Nampak seperti Rozita Che Wan ke? Bukan dia lah. Kalau nak kata dengan Rozita, di Facebook saya banyak gambar kami berdua dan juga bersama-sama artis lain,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Zain turut menafikan dia memeluk wanita itu dalam gambar tersebut malah menganggap gambar itu cuma gambar biasa dan tiada apa-apa keistimewaan sebalik gambar yang dirakamkan.
Dia menjelaskan, wanita terbabit bukanlah kekasihnya. Tambah Zain, tidak bermakna dia menukarkan gambar mereka berdua kepada gambarnya seorang di status BlackBerry Massanger (BBM) miliknya kerana telah ‘terkantoi’.
Kalau yang ini peluk tak apa sebab kakak dia, takut ada yang tak tau dua ni adik Sasha :)

“Gambar itu biasa sahaja dan kami tidak berpelukan seperti didakwa. Saya dan wanita dalam gambar itu hanya berkawan.
“Saya tergelak apabila melihat gambar itu. Saya tak suka gambar tu sebab saya nampak kelakar dalam gambaer tu. Jadi, sebab itu saya tukar gambar saya seorang diri semula.
“Kami sekadar bergambar, bukan ada yang luar biasa pun. Tapi seperti yang saya cakap tadi, saya cuma tergelak sebab gambar tu nampak kelakar. Saya tak sangka gambar ni yang dipilih,” ujarnya lagi.