Boleh tahan juga panasnya gossip aksi peluk Misha Omar dan Razali dalam pementasan Teater Muzikal baru-baru ini.Bukan nak mengeruhkan keadaan tetapi anda tengok je la gambar ini sendiri dimana tangan Razali ketika memeluk Misha Omar.
Komen je la..malas nak komen...
Dan ini maklum balas dari Misha Omar mengenai gossip yang semakin hangat diperkatakan di laman blog di Malaysia khasnya.
"Saya rasa peminat lebih memahami apa itu realiti dan lakonan. Kalau kemesraan yang anda lihat di pentas itu adalah kemesraan antara Uda dan Dara yang diterjemahkan menerusi Razali dan Misha, ia adalah sesuatu yang bagus.
"Macam mana kita nak hidupkan satu-satu watak sekiranya dalam lakonan itu kami tidak dapat menghidupkan watak cinta dengan baik," katanya kepada pemberita sejurus selesai pementasan Uda dan Dara, Isnin.