SELEPAS usia kandungannya hampir mencecah lima bulan, baru Serina Redzuawan mengetahui jantina bayi yang dikandungnya itu adalah lelaki.
Kelmarin, dia mendapat pengesahan tentang putera sulungnya dengan suaminya Gavin Edward O'luanaigh@Salahudin Ghafar itu setelah melihat sendiri jantina bayi itu menerusi mesin pengimbas di Pusat Perubatan Primanora, Taman Tun Dr Ismail.
Dia memang tidak berniat mahu merahsiakan jantina bayi bagi memudahkannya membuat persediaan awal.
Bukan Serina dan suami sahaja yang gembira menerima berita itu malah dia turut berkongsi kegembiraan itu dengan bapanya, Datuk Redzuawan Ismail @ Chef Wan.
“Kami rasa tidak sabar menantikan cucu dan cicit pertama dalam keluarga saya. Syukur alhamdulillah, saya juga sebenarnya memang nak sangat bayi lelaki.