Mei 30, 2010

Catherine bogel, Michael gembira !!!?

KEPUTUSAN pelakon cantik, Catherine Zeta Jones untuk bergambar bogel sempena ulang tahun ke-40nya mendapat sokongan penuh suaminya, Michael Douglas. Malah, suaminya itu menyukai gambar-gambar isterinya yang dikatakan seksi. Pelakon, Michael Douglas menyatakan rasa bangganya melihat isterinya masih layak difotokan walaupun sudah masuk usia 40 tahun.


"Gambar-gambarnya seksi. Menurut saya, Catherine mahu menunjukkan sisi lain dirinya. Gambar-gambar tersebut sangat mengagumkan," ujarnya yang mengahwini Catherine pada tahun 2002 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dylan, 9, dan Carys, 7 tahun.


"Dia tidak selalu bergambar sebegitu jadi saya bangga atas apa yang telah dilakukannya," kata Michael yang terkenal melalui filem Fatal Attraction.


Zoom: Iskkkkk pelik..suami dia boleh kata macam tu....dia sukalah orang lain tengok...!!! Apa punya suamilahhhh...Apa kata anda !?