April 19, 2010

Dina Menafikan berhenti menyanyi !

Sudah lama kita tidak mendengar Dina menyanyi, Zoom pun sudah lama tidak melihat kehadiran Dina di Pejabat Zoom.Mungkinkah kerana beliau terlalu sibuk dengan kerja-kerja seharian yang padat, namun dengan adanya luahan daripada temuramah daripada wartawan didalam akhbar online dapat juga la Zoom mengetahui perkembangan artis ini.Rupa-rupanya ketiadaan lagu baru menyebabkan beliau jarang sekali hadir dikaca TV, apa pun baca je la serba sedikit mengenai artis Malaysian Idol ini..

Mungkinkah ketiadaan lagu baru juga menjadi penyebab kepada penyepian Dina selama ini?



Itu sebenarnya punca utama mengapa publisiti mengenai saya agak berkurangan sejak kebelakangan ini. Tiga tahun tanpa album baru sememangnya sesuatu yang tidak menyeronokkan bagi seorang penyanyi.

Namun saya bersyukur kerana album saya kini telah pun siap sepenuhnya, cuma ada beberapa aspek teknikal yang perlu disudahkan supaya hasilnya mampu dibanggakan. Ini kerana saya memang seorang yang cerewet.

Walau bagaimanapun 'single' terbaru saya akan keluar pada bulan ini juga dan saya sudah tidak sabar menantikan respon daripada peminat tentang lagu-lagu baru saya.