Mac 03, 2010

(Gossip) Betulkah Shuib Sepah Cintakan Sarah Raisuddin?

Entah betul ke tak gossip ini, Zoom dapat dari Laman web Murai yang bercerita mengenai kisah intim Sarah dan shuib ini.Malas nak cerita panjang-panjang sebab kesahihah belum dapat dipastikan oleh empunya diri.

Jom baca kisah atau gossip ini di bawah,

KL, 3 MAC 2010: Setiap Ahad hujung minggu, Murai Batu selalu juga dengar radio Era FM yang dikendalikan 3 bujang Sepah iaitu Jep, Mamat dan Shuib. Dalam jenaka mereka dikonti, mereka sering mengajuk sesama sendiri dan menunjukkan pembayang bahawa ada diantara mereka sedang hangat bercinta.

Yang pasti, Murai Batu sudah pun periksa dengan teliti, hanya Jep yang bersuara ala-ala Ramli Sarip waktu menyanyi saja yang masih lagi solo serta sedang mencari. Yang lain iaitu Mamat dan Shuib pula dilihat sering bergayut telefon dan tak putus-putus menghantar pesanan SMS.

Malah, Murai Batu dapat tahu Mamat dan Shuib pernah terlepas cakap di konti apabila bercakap di telefon menggunakan panggilan istimewa sayang atau pun B. Alaa... panggilan mesra yang sering digunakan bagi pasangan yang sedang hangat bercinta tu.

Namun tidak pula Murai Batu tahu siapakah gerangan orang tersebut. Bagaimanapun, sewaktu teman Murai Batu sibuk bekerja di Hari Terbuka Astro di Plaza Alam Sentral, Ahad lalu (28 Februari 2010), ada pulak yang sibuk bertanyakan sesuatu tentang Shuib Sepah. 

Pertanyaan itu agak mengejutkan teman Murai Batu sebab ianya membabitkan penyanyi genit Siti Sarah Raisuddin. Soal mereka, betulkah Shuib Sepah tengah hangat bercinta dengan Sarah sekarang ni?

Sampai terbeliaklah biji mata Murai Batu. Sebab, sehandal-handal Murai Batu mengorek cerita, akhirnya kena scoop jugak Hai, ini tak boleh jadik ni.  

Pun begitu, mengikut firasat Murai Batu memang berkemungkinan besar ada kebenarannya berita ini kerana Sepah sering menunjukkan tanda bahawa antara 3 jejaka ini sedang hangat bercinta dengan penyanyi lagu Kesetiaan.

Jika benar mereka bercinta, Murai Batu harap hubungan mereka terus kekal sehingga ke jinjang pelamin. Yelah, sebelum ini pun Sarah pernah putus tunang dengan jejaka Mat Salleh bernama Mohamad Haris Fuad. 


kredit:   murai.com.my