Mungkin inilah masanya dikalangan artis di Hollywood berganding tenaga untuk membantu mangsa Haiti yang kini menghadapi masalah yang semakin serius selepas gempa bumi yang banyak meragut nyawa rakyatnya.Salah seorang penyanyi Hollywood yang turut serta adalah Rihanna.
Baca Selanjutnya
PENYANYI Rihanna telah menyanyikan semula lagu 'Redemption Song' yang dahulu dipopularkan oleh Bob Marley.
Pelantun 'Russian Roulette' itu mempersembahkan lagu tersebut kepada mangsa gempa di Haiti melalui satu acara Oprah.
Seperti dipetik dari Female First, Rihanna memilih 'Redemption Song' kerana mempunyai pengalaman peribadi sendiri terhadap lagu itu. Dia turut mengakui selalu mendengarkan lagu kepunyaan Bob Marley pada 1980 itu setiap kali berhadapan dengan tekanan.
Menurutnya, lagu tersebut boleh memberi inspirasi dan membangkitkan semangat.
"Saya rasa masyarakat Haiti perlu untuk mendengarkan sesuatu yang mampu menginspirasi mereka," ujar gadis yang kini berusia 21 tahun itu.
'Redemption Song' versi Rihanna kini boleh didapati di lawan web rasmi Oprah. Keuntungan dari penjualan lagu itu akan disumbangkan kepada mangsa gempa di sana
Zoom: Semoga niat suci dan ikhlas penyanyi ini akan mendapat balasan di akhirat kelak...Apa kata anda jika artis Malaysia pula berganding bahu memungut derma ..!!!?