Akhirnya pasangan Sejoli ini berpisah jua, walaupun tanpa ikatan yang sah mereka memutuskan untuk berpisah secara baik.Hak penjagaan anak di serahkan kepada Angelina tetapi Brad masih boleh melawat ke 6 enam anak mereka
Baca Selanjutnya
Pasangan yang popular dengan gelaran 'Brangelina' itu telah melantik peguam untuk mengurus semua hal berkaitan perpisahan itu.
Khabarnya pasangan yang juga berlakon dalam filem Mr and Mrs Smith itu telah bersepakat tentang soal penjagaan keenam-enam anak mereka. Hanya Jolie yang mempunyai hak untuk menjaga keenam-enam anaknya, manakala Pitt dibenarkan mengunjungi mereka pada waktu yang ditetapkan.
Tanda-tanda kedua-duanya bakal berpisah dilihat ketika Jolie hadir di Beverly Hills bersama seorang peguam terkenal pada Disember lalu. Desas-desus mengatakan Jolie berbincang tentang perancangannya untuk berpisah dengan Pitt.
Namun begitu, sebab sebenar perpisahan Jolie dan Pitt tidak diketahui. Butir-butir rasmi berhubung perpisahan Jolie dan Pitt akan diuar-uarkan tidak lama lagi.
Zoom: Berakhirlah sudah era pasangan sejoli ini...Apa kata anda ?