Itulah bilangan "Fan" di dalam Facebook yang mengelarkan diri mereka ‘I Hate Fasha Sandha’ (Saya benci Fasha Sandha) semakin lama ahli di dalam akaun ini bertambah dari sehari ke sehari.Fasha Sandha tampil membidas bahawa tidak semua ahli di dalam akaun tersebut membencinya.
Baca Selanjutnya
“Sekurang-kurangnya saya tahu masih ramai yang mahu tahu mengenai saya,” kata Fasha Sandha ketika mengulas tindakan pihak tertentu mengumpul pengguna akaun ‘I Hate Fasha Sandha’ (Saya benci Fasha Sandha) di laman sosial, Facebook.
Fasha yang kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Spa Qistina berkata, tindakan itu tidak menggugat kerjayanya dan dia berterima kasih kepada pihak terbabit kerana masih mahu membicara hal dirinya walaupun berunsur negatif.
“Saya diberitahu, tidak semua melemparkan komen di Facebook itu memburukkan saya tetapi ada yang memberi nasihat atau komen positif mengenai saya.
“Saya yakin tindakan itu tidak akan melunturkan minat orang kepada saya kerana buktinya saya tersenarai juga dalam top 5 untuk Anugerah Bintang Popular yang bakal diadakan tidak lama lagi,”
“Kami akan mendapatkan nasihat pihak yang lebih arif dalam bidang undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu,” katanya.
Dia berkata, Fasha mungkin tidak peduli mengenai perkara itu, tetapi fitnah yang dilemparkan menerusi Facebook itu seharusnya dihentikan.
“Kami masih berbincang dengan pihak pengurusan dan keluarga Fasha mengenai hal ini. Peguam Fasha berkata laporan polis boleh dibuat,” katanya.
Zoom: Nampaknya tidak lama lagi akaun ini di tutup, sama-sama kita tunggu dan lihat je.Apa kata anda ?