Disember 23, 2009

(Gossip) Suami Ida Nerina tidak pernah lafaz cerai


Menurut akhbar online yang ZoOm baca hari ini, Ida Nerina berada di Luar negara ketika kesnya dibacakan di Mahkamah.Apa-apa pun jum kita zoom kisah gossip penceraian artis ini di Mahkamah semalam.



Baca Selanjutnya

Peguam pelakon Ida Nerina Hussain yang berumur 45 tahun telah menafikan Sha’arin Mohd Razali yang berusia 40 tahun, pernah melafazkan cerai terhadapnya pada September lalu seperti yang didakwa suaminya itu. Peguam syarie Akhbardin Abdul Kadir yang mewakili Ida hari ini berkata anak guamnya itu tidak bersetuju dengan permohonan pengesahan cerai yang difailkan oleh Sha’arin di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini.

Saya ingin mengesahkan yang pihak plaintif (Sha’arin) telah menyerahkan saman kepada defendan (Ida) tetapi hari ini defendan tidak dapat hadir kerana berada di India untuk menjalani rawatan kesihatan.

Defendan akan datang ke mahkamah pada Januari depan untuk sebutan kes ini dan akan memasukkan pembelaan kerana tidak bersetuju dengan permohonan itu disebabkan lafaz cerai tidak berlaku di luar mahkamah,” kata Akhbardin ketika prosiding kes itu dalam dewan mahkamah.

Sha’arin juga tidak hadir ke mahkamah hari ini kerana berada di luar negeri dan diwakili oleh peguam syarie Mahyuddin Md Zahari. Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin memutuskan sebutan semula kes ini ditangguh pada 22 Januari depan, pukul 9 pagi, di mahkamah yang sama sebelum perbicaraan pengesahan lafaz cerai di bawah Seksyen 55A Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984. Kedua-dua peguam syarie memaklumkan yang anak guam masing-masing akan hadir pada prosiding kes selepas ini.

Zoom: Semoga Ida nerina dan suami berbaik semula...Apa kata anda ?