November 26, 2009

(Gossip Indonesia)Bekas Isteri Mendakwa Didera Pasha Band Ungu !!


Bekas isteri vokalis band Ungu, Sigit Purnomo alias Pasha, Okky Sofyan mendakwa beliau pernah didera oleh Pasha pada 2007. Okky mendakwa Pasha telah mengasarinya sehingga dia mengalami luka pada bahagian depan otak. Okky telah memfailkan pertuduhan baru ini ke pihak pengadilan untuk membuktikan bahawa penyanyi lagu 'Hampa Hatiku' itu selalu memukulnya sejak mereka berumah tangga pada 2007.

"Saya tidak sempat membuat laporan dan kerana kejadian itu berulang-ulang. Hasil dari pemeriksaan doktor menunjukkan memang ada luka di kepala dan pendarahan di otak depan,"
kata Okky.




Baca Selanjutnya

Okky mengaku yang Pasha memukulnya kerana dia terlalu marah ketika itu. Meskipun diperlakukan kasar oleh Pasha, Okky tidak terus melaporkannya ke pihak berkuasa.

"Saya tidak mahu laporkan kerana memikirkan nasib anak-anak dan mengenangkan dia masih suami,"
jelas Okky. Kata Okky, dia hanya sempat memberitahu pengurus Unggu bahwa dia tidak sanggup lagi diperlakukan demikian dan ingin membuat pengaduan ke pihak pengadilan.

Tapi bila pengurus Ungu berdepan dengan Pasha, penyanyi itu terus melempias marah kepada Okky.Akibatnya, Okky diseret dari dalam pagar hingga ke dalam garaj. Akibat kecederaan di otak itu, Okky mendakwa sering merasakan ngeri di kepalanya.

"Hingga sekarang, saya masih terasa pening-pening kepala,"
jelas Okky yang mempunyai tiga orang anak dengan Pasha.

Zoom Komen: Panas juga cerita ni kat seberang, siap pukul-pukul pula tu, ganas juga si Pasha ni erkk..!! Apa kata anda ?