November 29, 2009

(Filem)Putri Mardiana Makan Telur Hangit Yang Digaul Bersama Ulat Dalam Filem 'Santau' !!


Mencabar juga watak yang di bawa oleh Putri Mardiana ni, siap ada ulat-ulat dan Telur hangit. Kalau zoom la tentu dah termuntah jika membawa watak tersebut.Walau pun sudah berstatus "Jans" putri Mardiana yang mempunyai tiga orang anak mengaku yang beliau banyak mendapat tunjuk ajar daripada pengarah Filem tersebut Azhari Zain.

“Azhari banyak membimbing saya untuk menjiwai karaktor Nina. Saya mengikuti segala teguran yang diberikan dan itu juga merupakan salah satu faktor kenapa saya dapat membawa watak itu dengan baik,” jelas Mardiana dalam satu temu bual selepas tayangan previu media filem ‘Santau'.





Baca Selanjutnya

Sinopsis

FILEM ‘Santau’ terbitan MIG Production Sendirian Berhad akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 10 Disember 2009.

Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Esma Daniel, Putri Mardiana, Farisya Fatin Faisal, Riezman Khuzaimi, Zul Handy Black, Lisdawaty, Bob Lokman, Mariani, Hafidzuddin Fadzil, Ku Faridah dan Along Ezyandi.

Secara ringkasnya, filem ‘Santau’ mengisahkan sepasang suami Halim (Esma Daniel) dan isteri Nina (Putri Mardiana) hidup dalam suasana selesa di perkampungan Melayu moden.

Halim dicemburui kerana sentiasa berjaya dalam kerjaya serta suasana rumahtangganya yang harmoni.

Kerana itu, dia didengki oleh jirannya Usin(Riezman Khuzaimi) dan dalam diam dia menyantau Halim serta keluarganya.


Zoom: Baca Sinopsis macam menarik je, sama-samalah kita tunggu dah lihat Filem Ini..Apa kata anda ?