Penyanyi berusia 23 tahun Yunalis Zarai atau lebih dikenali dengan panggilan Yuna pada awalnya agak segan untuk berkongsi cerita dan gambar-gambar yang diambil di majlis konvokesyennya yang berlangsung pada Selasa lalu untuk tatapan umum. Setelah dipujuk, penyanyi ini akhirnya tidak menolak untuk berkongsi serba-sedikit kegembiraan yang dirasainya setelah berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu.
Baca Selanjutnya
"Saya ni segan sikit kalau nak bercerita tentang hal ini. Saya tidak mahu orang buat andaian macam-macam pula. Tetapi, jika cerita saya ini dapat dijadikan sebagai satu inspirasi buat anak-anak muda, saya rasa tidak mengapalah saya berkongsi sedikit," ujar Yuna.
Menurut gadis kelahiran Alor Star, Kedah ini, dia akui cukup gembira apabila usahanya selama ini bertungkus-lumus dalam mempelajari selok-selok dunia guaman dan menyiapkan tugasan yang diberikan 'terbayar' jua apabila dia berjaya menamatkan pengajiannya.
Enggan berkongsi secara mendalam tentang keputusan dan pencapaian yang diraih dalam pengajiannya itu, kata Yuna, cukuplah jika dia mengatakan, kejayaan tersebut amat indah untuk disimpan kemas di dalam kamus hidupnya dan orang-orang tersayang di sampingnya iaitu ibubapanya
Info : Penguin
Zoom Komen: Tahniah kepada Yuna, anda telah membuktikan kepada artis-artis lain yang anda mampu buktikan boleh berjaya.Apa KOmen Anda !!!