Impian Amber Chia untuk menghoskan program realiti Malaysia's Supermodel Search mungkin musnah, jika Penerbit Eksekutif rancangan itu, Wen-Ji Yap gagal menunjukkan kontrak sah daripada agensi medeling antarabangsa, Ford Modeling Agency dalam masa 48 jam bermula semalam.
Dalam sidang media tergempar di pejabat guamannya yang berada di Sri Hartamas, semalam, Amber berkata Wen-Ji daripada syarikat Triple-Apex Holdings Sdn Bhd gagal membuktikan sebarang kontrak mengenai penyertaan agensi modeling berkenaan untuk menjayakan program realiti itu.
Amber sebagai penerbit bersama program pencarian model terbaik akan mewakili negara ke pertandingan Ford Supermodel of the World di New York tidak lama lagi, berkata, sejak awal lagi dia sudah minta Wen-Ji untuk menunjukkan kontrak pengesahan francais agensi berkenaan.
Baca Selanjutnya
Bagaimanapun Amber mendakwa, rakan kongsinya masih belum berjaya membuktikan kewujudan kontrak francais berkenaan, sebaliknya sering ditutupi dengan pelbagai alasan dan kelewatan sehingga hari ini.
"Sejak dari mula lagi saya sudah tanyakan Wen-Ji di mana kontrak itu tapi apa yang saya terima hanyalah dokumen biasa berkenaan Ford Modeling Agency.
Malaysia's Supermodel Search adalah program realiti pencarian model terbaik 8 episod yang telah menerima lebih daripada 1,000 penyertaan daripada pelbagai bangsa di negara ini.
Amber yang ditemani peguamnya, Rajan Navaratnam, berkata dia bukan saja sedih malah terkilan dengan tindakan Wen-Ji itu yang disifatkannya punyai agenda tersendiri.
Dia turut mengalami kerugian setelah mengeluarkan wang pendahuluan lebih kurang RM100,000 untuk menampung proses rakaman 2 episod program realiti itu termasuk kos sidang media memorandum persefahaman rancangan itu pada September lalu.
Zoom Komen: Nak Buat macam mana dah tak da "Ong", cuba lagie..!!!