Oktober 05, 2009

(Gossip) Keluarga Fizz berkenan Almy jadi menantu !!


Fizz Dan Keluarga Bergambar Beramai-ramai

Fizz Dan Ibu Tersayang

RAMAI sudah mengetahui hubungan aktor dan aktres yang sedang hangat bercinta, Fizz Fairuz dan Almy Nadia.

Kini, hubungan cinta mereka masih kukuh sejak dua tahun lalu cuma masing-masing tidak mempunyai masa untuk bersua muka sepanjang Hari Raya ini.

Apabila Almy mempunyai masa lapang, Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairus Zainal Abidin pula sibuk berlakon. Begitu juga sebaliknya....



Baca Selanjutnya

Adik-beradiknya yang lain adalah Zulaika, 40, Mohd Faizal, 37, Zuraidah, 35, Zurina, 32, Zurawati, 27, Mohd Fazrin, 25, Noormahirah, 23, da Mohd Hafizullah, 19.

Kata Noorhaizan, dia tidak kisah dengan pilihan anaknya yang mesra dengan panggilan Fairus atau Alang dikalangan ahli keluarganya itu.

“Kami suka dengan Almy dan arwah ayah Fairus juga berkenan dengannya. Jadi, saya dan keluarga tiada masalah untuk menjadikan Almy sebagai calon isteri Fizz.

“Kadangkala tu Almy biasa juga datang ke sini (rumah Fizz) apabila saya datang ke sini.

“Saya tak tahu lagi bila mereka akan berkahwin sebab apabila saya tanya Fairus biasanya dia diam sahaja. Kami sekeluarga ikut sahaja kerana perkahwinan ini benda yang baik.

“Lagipun, mereka berkawan sejak arwah ayah dia ada lagi. Saya ada juga nasihatkan Fairus untuk simpan duit untuk kahwin,” katanya yang mempunyai tiga orang anak yang belum berkahwin lagi termasuk Fizz.

Info : Mstar

Zoom Komen : Semoga Anda Berdua sampai ke jinjang pelamin, Tak macam artis kita yang tengah dilamun cinta putus ditengah jalan..!!!