Oktober 05, 2009

(Cerita Artis) Fasha Dan Nora Danish Berlakon Bersama !!!


Laporan Harian Metro hari yang sudah-sudah mengesahkan yang Fasha Sandha akan berlakon bersama Nora Danish dalam musim terbaru Spa Q. Pengambaran Spa Q 3 yang akan bermula 15 Oktober ini akan menampil Fasha Sandha sebagai Freeda yang menurut Fasha sebuah watak yang antagonis....



Baca Selanjutnya

"SAYA memang tahu dia turut ditawarkan di dalam drama Spa Q sejak awal lagi. Saya tiada masalah tentang hal tersebut. Lagipun, kami tidak berlakon di dalam babak yang sama," komen Nora Danish menerusi pembantunya, semalam.

Kisah 'panas' yang pernah melanda dua aktres popular ini hangat diperkatakan tidak lama dulu, semuanya gara-gara perceraian Nora dan bekas suaminya, Rizal Ashram, yang dikatakan berpunca akibat kehadiran orang ketiga iaitu Fasha.

Penafian demi penafian dibuat oleh Fasha yang menafikan dia mempunyai hubungan dengan Rizal dan menjadi punca perceraian itu. Malah, Fasha baru-baru ini turut mendedahkan dirinya bakal mendirikan rumahtangga dengan seorang jejaka yang bukan berstatus duda.

Namun, Fasha akhirnya membuat pengakuan di dalam blognya pada bulan lalu bahawa dia sememangnya pernah mempunyai hubungan istimewa dengan anak sulung bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib itu dan pernah dilamar oleh lelaki tersebut.