Lakonan sulung Mawi gagal?
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my
BAKAL menemui penonton di 60 buah pawagam seluruh negara pada 20 September ini, filem terbaru terbitan KRU Studios, Jin Notti, sememangnya memberi seribu satu pengalaman baru buat beberapa insan yang menjadi antara tunjang utama filem tersebut.
Selain dua pelakon utamanya iaitu Mawi dan Fara Fauzana, pengarahnya iaitu Azhari Zain pasti tidak sabar menanti untuk mendengar segala pandangan penonton sementelah ini merupakan filem pertama arahannya.
Bagi Mawi pula, Jin Notti merupakan ujian pertama beliau dalam gelanggang perfileman.
Begitu juga dengan Fara. Meskipun sudah biasa berhadapan dengan kamera, lakonan dalam Jin Notti disifatkan penyampai radio Hot FM ini sebagai cukup mencabar.
Sebagai filem pertama yang memberikannya peluang melakonkan watak utama, dia perlu melakonkan tiga karakter berbeza iaitu Ruby (gadis remaja Punk), Y'vonne (wanita berbangsa Cina) dan Sharifah (peguam bela).
Bagaimanapun, filem yang menelan bajet lebih RM1 juta itu boleh dikategorikan dijangka mengundang pelbagai reaksi.
Ada juga yang mengkritik percubaan Mawi kurang menjadi kerana lakonannya agak kaku.
Benar, ini percubaan pertama penyanyi itu, tetapi Mawi seharusnya mengambil peluang ini untuk menghasilkan satu impak yang dapat dikenang sampai bila-bila.
Mengangkat latar cerita seorang gadis jin bernama Notti lakonan Fara, ada beberapa babak dalam filem ini yang dilihat meleret-leret selain penonjolan lawak yang kurang segar untuk 'menggeletek' hati penonton.
Sebagai contoh, apakah perlu Nabil (Raja Lawak) memasukkan unsur-unsur filem Sifu & Tongga ke dalam Jin Notti?.
Begitu juga kepada Cat Farish yang memegang watak Jinbara. Perlakuannya yang sering mengorek pusat menggunakan jari bukanlah sesuatu yang lawak tetapi mampu menimbulkan rasa jijik.
Babak pergaduhan membabitkan Mawi yang melakonkan watak Aziz dan Corie (Taiko) dalam sungai turut dilihat seakan tidak natural.
zoom komen: Betul ker ? zoom ada tgk pembikinan filem Jin Notti ni,nampak macam ada sedikit masalah sebab mawi kan baru lagie..apa pun bagi lah mawi peluang. Apa-apa pun sama-sama kita tunggu dan lihat filem baru lakonan mawi ni..