September 18, 2009

(Gossip) Gara-gara Isu "Pendet" Teater Natrah Hanya Gunakan Bahasa Malaysia !!


GARA-GARA isu tarian pendet yang mencetuskan kontroversi antara Indonesia dan Malaysia baru-baru ini, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia memutuskan agar teater Natrah yang akan dipentaskan di Istana Budaya (IB) kelak perlu menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya.

Menurut Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani, teater arahan Erma Fatima ini sepatutnya menggunakan pertuturan Bahasa Indonesia memandangkan Natrah atau nama sebenarnya Maria Hurberdina Bertha Hertogh bertutur di dalam bahasa tersebut.

"Saya telah menerima arahan daripada Datuk Seri Dr Rais Yatim sendiri yang meminta kami tidak menggunakan Bahasa Indonesia di dalam teater ini kerana kontroversi yang sedang berlaku.

"Kalau ikutkan, memang Natrah dulu berbahasa Indonesia dan dia juga mempunyai loghat Terengganu kerana ibu angkatnya, Che Aminah berasal dari Terengganu.

"Kementerian tidak mahu masalah bertambah besar kelak dan oleh sebab itu kami perlu merombak semula skrip dan menggunakan sepenuhnya Bahasa Malaysia baku bagi menggantikan Bahasa Indonesia," ujar Juhari pada sidang media pengumuman barisan pelakon utama teater itu, di IB, kelmarin.

Teater Natrah akan dipentaskan bermula 17 hingga 25 November depan.

Diana Danielle dipilih memegang watak Natrah manakala Umie Aida akan membawakan watak sebagai ibu angkat Natrah, Che Aminah.

Zoom Komen: Makin lama makin teruk kes Malaysia dengan negara seberang ni,semua kena kawal kerana negara seberang tidak faham akan erti serumpun..Sikit2 nak cari kesalahan kita..!!! bukan semua negara seberang macam tue mungkin ada segelintir yang tidak faham akan erti persaudaraan.