September 14, 2009
(Celebrity News) Ako akui selalu dapat nasihat dari datuk saudaranya Tun Mahathir !!
Ako dan isterinya, Kartina Shuaib Abdullah.
HUBUNGAN persaudaraan antara aktor Ako Mustapha dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah suatu rahsia.
Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha juga mengakui dia selalu bertemu dengan Mahathir bila ada majlis Menghimpunkan seluruh keluarga dan sanak-saudara.
“Tun baik dengan saya tetapi tidaklah terlalu rapat kerana beliau merupakan datuk saudara saya,” kata Ako ketika ditemui baru-baru ini.
Ditanya mengenai perjalanan kes khalwatnya yang masih belum selesai, Ako berkata dia masih menunggu tarikh dari Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk mendengar keputusan hukuman yang bakal diterimanya nanti.
Ako sendiri berasa sedikit tertekan dengan kes itu dan takut dengan hukuman yang bakal diterimanya kerana sebolehnya dia enggan dipenjarakan.
“Mujurlah saya mempunyai seorang peguam yang bagus untuk memberi nasihat.
“Saya masih menjalankan kehidupan seperti biasa tetapi tetap ada sedikit tekanan sebab tak tahu apa akan berlaku nanti.....saya tak nak masuk penjara,” luahnya yang diwakili oleh peguam syarie Akhbardin Abdul Kadir.
Rapat juga si akos ni dengan Tun, yerlah dari kecik sampai besar sure la rasa macam ayah dan anak jer.. Apa pun teruskan perjuangan anda walauapa pun rintangan yang mendatang... !!! biasa la orang seni memang macam tuee.. Tak lari dari masalah, kata orang tak ada insan yang sempurna kat dunia ni.!!!
Akrab juga Ako dengan Tun kita ni,