Jun 24, 2009

(Gossip) Pelakon beli rumah RM1.9 juta ?


Gambar Hiasan

Seorang teman dengan rasa bangga bercerita mengenai kejayaan seorang aktres terkenal yang bakal berpindah ke sebuah kediaman mewah dalam tempoh dua tahun lagi.
Sebetulnya, aktres yang juga penerbit drama itu tidak langsung berniat untuk bercerita mengenai kemewahan yang dimiliki.

Sebaliknya, cerita mengenai rumah mewah yang dibelinya itu timbul semasa teman Papa dan aktres itu sekadar berbual kosong.
Namun, apabila sampai ke telinga Papa, masakan Papa hanya mampu mengunci mulut kerana berita itu mempunyai nilai yang sangat tinggi buat dalam konteks kewartawanan.

Lagipun, Papa fikir ada baiknya juga cerita ini ditulis kerana setidak-tidaknya ia boleh menjadi motivasi buat artis-artis muda yang lain supaya bekerja keras ketika mereka masih diminati.
Berbalik kepada cerita aktres itu, Papa difahamkan harga rumah mewah itu mencecah RM1.9 juta.

Alhamdulillah, inilah yang dinamakan rezeki. Papa percaya, segala yang dikurniakan oleh Tuhan buat aktres itu dan suami serta anak-anaknya semuanya berkat kerja keras mereka selain doa yang tidak pernah putus dipanjatkan kepadaNya.

Keinginan aktres itu untuk memiliki rumah mewah sudah lama terpendam di hati, cuma baru kini dia mampu untuk merealisasikan cita-citanya itu selepas kedudukan kewangan dia dan suaminya stabil.
Pada masa yang sama, pelakon itu mahu berkongsi kebahagiaan, keselesaan dan rezeki yang ada bersama-sama dengan orang yang yang disayanginya.

Bagus benar kalau aktres itu mempunyai hati yang murni seperti itu.

Bila dah pindah esok, jangan lupa buat kenduri kesyukuran okey.

Zoom Comment: saper la artis tue erkk ? bertuah punya anak...Beli rumah untuk simpanan baik untuk masa depan,Zoom pun nak beli rumah tapi bila dan di mana tak tau lagie..